Isi Kandungan
Hanya sebulan dari sekarang YouTube bakal menamatkan Stories, iaitu ciri siaran sementara seakan Snapchat dan IGStory.
YouTube Stories Bakal Ditamatkan
Bermula 26 Jun 2023, pilihan untuk memuat naik You Tube Story baharu tidak lagi tersedia, manakala siaran sedia ada akan dipadamkan secara automatik selepas 7 hari kiriman dibuat.
Untuk rekod, Stories pertama kali diperkenal sekitar enam tahun lalu dengan nama Reels dan hanya tersedia untuk pencipta kandungan yang mempunyai minimum 10,000 langganan.
Dengan penamatan ciri Stories ini kelak, YouTube menyediakan alternatif untuk menyiarkan kandungan di Community atau Shorts.
Baca Juga :
- Bantuan e-Wallet RM300 (BINGKAS) Mula Dikreditkan Hari Ini
- Bayaran Fasa Ketiga RM200 Akan Dibayar Bulan Ini
Baru-baru ini, akses untuk siaran Community turut diperluas bersama tambahan beberapa ciri baharu. Pencipta kandungan juga boleh berkongsi tinjauan pendapat, kuiz, imej dan video sebagai siaran Community.
Sementara itu, You Tube Shorts pula membolehkan pengguna menghasilkan video pendek, iaitu ciri seumpama video TikTok atau Reels di Instagram.
Sumber : Wiser.my
Sertai Channel Telegram : t.me/pakejbantuankerajaan
Khairul, the insightful writer at www.triviamy.com, is dedicated to providing a comprehensive view of job vacancies and current issues in Malaysia. With a passion for keeping readers informed, Khairul’s articles offer valuable insights into employment opportunities and the latest developments in the country.