Yayasan Angkasa: Cara Mohon Pembiayaan Pendidikan 2021/2022. Berita baik untuk kepada semua bakal pelajar IPT, permohonan pembiayaan pendidikan ini akan mula dibuka mulai tarikh 1/8/2021 sehingga 31/10/2021.
Berikut akan kita dikongsikan lebih lanjut mengenai syarat-syarat kelayakan dan cara untuk membuat permohonan.
Isi Kandungan
PENGENALAN YAYASAN ANGKASA
Yayasan ANGKASA telah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 2 Disember 2010.
Yayasan ANGKASA mengambil tanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi, anak anggota koperasi, kakitangan koperasi, anggota koperasi bagi yang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana serta PhD.
Baca Juga: Tarikh Agihan Bantuan 10,000 Komputer Riba
Pembiayaan yang telah disediakan oleh Yayasan ANGKASA ialah pembiayaan tanpa faedah.
Selain daripada itu bagi peminjam yang berjaya mendapatkan keputusan kelas pertama, pembiayaan akan diubah semula kepada biasiswa sepenuhnya (100%)
Bagi pemohon yang mendapat kelulusan kelas kedua atas akan diberikan biasiswa enam puluh lima peratus (60%) dari jumlah pembiayaannya serta kelas kedua bawah akan diberi biasiswa sebanyak empat puluh peratus (40%).
Baca Juga: Permohonan Skim Internet Pakej Asas, Bujang & Keluarga
KELEBIHAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN YAYASAN ANGKASA
- Pembiayaan boleh diubah kepada Biasiswa berdasarkan pencapaian Kelas dan Gred Pengijazahan.
- Pembiayaan Pendidikan tidak dikenakan sebarang Faedah.
- Merangkumi tahap pengajian seperti Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) & Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam pelbagai bidang bagi mod Sepenuh/Separuh Masa.
SYARAT KELAYAKAN ASAS
- Warganegara Malaysia.
- Anggota koperasi yang telah berdaftar bawah ANGKASA/anak anggota koperasi.
- Telah menerima surat tawaran dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi.
- Hanya pemohon yang belum menerima sebarang penajaan dari lain-lain penaja layak memohon.
- Maksimum empat (4) tahun pengajian (bagi mod pengajian sepenuh masa sahaja).
Syarat-syarat Permohonan | Umur |
1) Anak anggota koperasi (ahli ANGKASA) | Tidak Melebihi 25 tahun |
2) Anggota koperasi (ahli ANGKASA) | Tidak Melebihi 40 tahun |
PENDAFTARAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN YAYASAN ANGKASA
Kemudahan Pembiayaan Boleh Ubah disediakan bagi melanjutkan pengajian sepenuh masa/separa masa/PJJ pada peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi dalam negara.
Penerangan bagi Pendaftaran Pembiayaan Pendidikan:
- Permohonan akan mula dibuka pada 1/8/2021 sehingga 31/10/2021.
- Pendaftaran akan dibuat secara atas talian dengan pembelian nombor pin melalui JomPAY.
- Nombor pin hanya akan diberikan kepada pemohon yang telah membuat bayaran melalui JomPAY secara kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS).
- Pemohon yang telah menerima nombor pin boleh terus mendaftar di portal pelajar (https://www.yayasanangkasa.coop/pya/).
- Pemohon diwajibkan agar melengkapkan semua maklumat permohonan yang diminta.
- Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses oleh pihak Yayasan ANGKASA.
CARA MEMOHON
Berikut ialah 3 langkah mudah untuk membuat permohonan:
LANGKAH 1: Pembayaran PIN PPYA
- Pembayaran sebanyak RM10 bagi 1 PIN PPYA
- Pembayaran boleh dibuat melalui JomPAY
- Masukkan Biller Code 86231 (YAYASAN ANGKASA PIN)
Ref-1: No. Kad Pengenalan Anda
Ref-2: Nombor Telefon Anda
*Sila simpan salinan resit untuk rujukan anda
LANGKAH 2: Terima SMS
Anda akan menerima SMS Nombor PIN PPYA seperti
Yayasan ANGKASA: [Kad Pengenalan ANDA] Terima kasih kerana sudah memilih Yayasan ANGKASA sebagai pembiayaan pengajian saudara/i. Saudara/i hendaklah membuat permohonan ini secara atas talian melalui yayasanangkasa.coop sebelum 31/10/2019. Pin permohonan adalah [XXXXX].
*SMS ini akan dihantar dalam Masa 24-48 Jam (Waktu Berkerja Isnin-Jumaat).
LANGKAH 3: Daftar
Selepas anda menerima PIN PPYA anda boleh terus mendaftar di link https://www.yayasanangkasa.coop/pya
MAKLUMAT LANJUT
Untuk keterangan yang lebih lanjut sila hubungi :
Bahagian Operasi (Hal Ehwal Pelajar)
Tel : 03-7880 9358
Emel : [email protected]
Bahagian Kewangan & Pentadbiran
Tel : 03-7880 6358
Emel : [email protected]