Isi Kandungan
Wang Tak Dituntut : Dalam IC Ada Duit? Ini Cara Mudah Untuk Semak 2024
Tahukah anda pada tahun 2023, Jabatan Audit telaporkan bahawa jumlah wang tak dituntut (WTD) ada sebanyak RM11 Bililon dan jumlah ini akan meningkat setiap tahun. Membuat tuntutan amatlah mudah, jika dahulu anda kena beratur di kaunter untuk membuat semakan, kini anda boleh menyemak wanng tidak ditundut secara online sahaja. Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan permohonan dan tuntuan Wang Tak Dituntut (WTD) secara online.
Keratan Akhbar 13 April 2023
Cara Membuat Semakan WTD Online
Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan wtd online:
- Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/
- Langkah 2 : Buat pendaftaran pengguna secara atas talian.
- Langkah 3 : Log masuk portal menggunakan kata laluan yang didaftar.
- Langkah 4 : Kemaskini maklumat pengguna.
- Langkah 5 : Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat Semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada)
- Langkah 6 : Klik “Cetak” , jika perlu.
BACA JUGA ======== PADU : 5 Sebab Kenapa Perlu Daftar
Cara Membuat Tuntutan WTD
Online
- Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/
- Langkah 2 : Klik pada ruangan “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri. Klik Cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika perlu)
- Langkah 3 : Klik pada rekod WTD yang ingin dituntut pilih “Teruskan Dengan Permohonan”
- Langkah 4 : Klik pada “Tambah Penerima” untuk masukkan perihal penerima WTD. Pilih pada kotak yang disediakan sekiranya. Maklumat Diri adalah sama seperti Maklumat Pemohon, masukkan maklumat perbankan dan kemudian “Simpan”.
- Langkah 5 : Muat naik dokumen sokongan bagi kategori “MANDATORI”
- Langkah 6 : Tandakan pada dua kotak untuk bersetuju dengan pengakuan serta terma dan syarat eGUMIS dan Klik Hantar. Pilih Ya untuk menghantar permohonan tuntutan
- Langkah 7 : Rujuk Portal eGUMIS untuk status permohonan WTD.
*Proses bayaran hanya akan dilaksanakan apabila dokumen lengkap DISAHKAN.
Kaunter
Hantar permohonan lengkap dengan maklumat WTD yang telah dicetak secara terus ke kaunter Pendaftar Wang Tak Dituntut atau di mana-mana cawangan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
POS
Hantar permohonan lengkap dengan maklumat WTD yang telah dicetak melalui pos di alamat:
Pejabat Pendaftar Wang Tak Dituntut Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut Jabatan Akauntan Negara Malaysia Aras 1, Blok Utara, Perbendaharaan 2, Kompleks Kementerian Kewangan, No. 7, Persiaran Perdana, Presint 2, 62594, Putrajaya
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan semakan dan tuntutan WTD, anda boleh:
- Menghantar emel ke Pentadbir Sistem eGUMIS di [email protected]
- Juga menghubungi Call Centre di talian +603 2056 8052/53/54/55
- Atau menghubungi pejabat di talian 03-2056 8000
Semoga perkongsian ini dapat memudahkan urusan serta menjimatkan masa anda.
Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan PERINGATAN : 1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB. 2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.