Tragedi Tanah Runtuh Terburuk di Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Tanah runtuh adalah bencana geologi yang sering kali menimbulkan kesan buruk seperti kematian dan kemusnahan infrastruktur. Di Malaysia, beberapa tragedi tanah runtuh yang terburuk telah tercatat dalam sejarah, meninggalkan impak yang mendalam kepada masyarakat.

Bencana tanah runtuh di Malaysia sering membawa kepada kehilangan nyawa dan kerugian ekonomi yang besar. Malaysia telah mencatatkan sebanyak 23 tragedi yang besar, dengan kejadian paling teruk berlaku di Batang Kali pada tahun 2022.

Dalam tragedi ini, seramai 30 orang telah disahkan terkorban setelah tapak perkhemahan mereka di Father’s Organic Farm tertimbus. Tragedi ini menjadi peringatan penting tentang risiko bencana alam di kawasan cerun dan keperluan langkah pencegahan yang lebih berkesan.

Baru-baru ini, kejadian tanah jerlus pula terjadi di Jalan Masjid India dan menyebabkan seorang wanita asing hilang selepas terjatuh dalam kejadian itu. Setakat hari ini, 27 Ogos 2024, mangsa masih belum lagi ditemui. Beberapa kaedah pencarian telah dilakukan, namun masih belum menimbulkan sebarang hasil.

Susulan kejadian itu, mari kita mengimbau detik pahit negara ini berkait soal kejadian tanah runtuh yang berlaku.



Baca Juga : Bina Rumah Impian

Isi Kandungan

Tragedi Tanah Runtuh Di Malaysia

Terdapat beberapa kejadian tanah runtuh yang menjadi detik hitam buat negara :

Tragedi Highland Towers (1993)

tanah runtuh

Pada 11 Disember 1993, satu tragedi besar berlaku apabila Blok 1 Highland Towers di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor runtuh akibat tanah runtuh yang dicetuskan oleh hujan lebat.

Paip lencongan air yang pecah menyebabkan tanah di sekitar bangunan menjadi tidak stabil, mengakibatkan runtuhan. Highland Towers, yang terdiri daripada tiga blok bangunan 12 tingkat, telah dibina antara 1974 dan 1982 di kawasan berbukit curam.

Runtuhan ini menyebabkan 48 orang terkorban. Penduduk dari dua blok lain serta penduduk kawasan berhampiran telah dipindahkan atas sebab keselamatan.

Tragedi ini merupakan kejadian bangunan runtuh yang paling tragis dalam sejarah Malaysia ketika itu, dan operasi menyelamat melibatkan lebih daripada 124 anggota pasukan simpanan persekutuan (FRU), serta anggota polis, bomba, dan sukarelawan.

Tanah Runtuh Taman Hillview (2002)

Sembilan tahun selepas tragedi Highland Towers, kawasan Taman Hillview di Ampang sekali lagi dilanda tanah runtuh pada 20 November 2002. Kejadian berlaku sekitar jam 4.50 pagi, mengakibatkan sebuah banglo milik Pengerusi Affin Bank, Datuk Ismail Zakaria, tertimbus.

Datuk Ismail terselamat selepas lima jam terperangkap di bawah runtuhan, tetapi malangnya, enam ahli keluarganya termasuk isteri, anak, menantu, cucu, dan dua pembantu rumah terkorban.

Kejadian ini dipercayai berpunca daripada kerosakan struktur yang disebabkan oleh tanah yang tidak stabil di kawasan berkenaan. Tragedi ini menyaksikan bagaimana Datuk Ismail menggunakan kemahiran kelangsungan hidup yang dimilikinya untuk bertahan sehingga berjaya diselamatkan.

 




Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa (2008)

5D7B4627 852C 4BB9 8367 30ABAAF0FFC6

Pada 6 Disember 2008, Bukit Antarabangsa, Ulu Klang sekali lagi menjadi lokasi tragedi apabila tanah runtuh berlaku pada jam 3.50 pagi, menyebabkan 14 rumah banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama runtuh.

Tragedi ini mengorbankan empat nyawa dan mencederakan 15 yang lain. Kawasan ini terletak hanya 1.5 kilometer dari lokasi tragedi Highland Towers 1993, menunjukkan bahawa kawasan ini masih terdedah kepada risiko tanah runtuh walaupun selepas lebih satu dekad.

Kejadian ini menjadi pengajaran besar tentang kepentingan pemantauan dan pengurusan cerun yang berterusan, terutama di kawasan berisiko tinggi.

Tanah Runtuh Batang Kali (2022)

Tragedi tanah runtuh terbaru di Malaysia berlaku pada 16 Disember 2022 di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali, Selangor. Kejadian ini berlaku sekitar jam 3 pagi ketika para pengunjung sedang tidur.

Kejadian tersebut mengalihkan kira-kira 450,000 meter padu tanah, menimbus sepenuhnya tapak perkhemahan dan menyebabkan 31 orang terkorban daripada 92 orang yang terperangkap.

Operasi menyelamat besar-besaran dilancarkan dengan kerjasama pelbagai agensi, namun tragedi ini tetap diingati sebagai salah satu bencana terburuk di negara ini.

Kejadian ini juga menyebabkan penutupan sementara semua tempat perkelahan dan perkhemahan di Selangor untuk mengelakkan tragedi serupa berulang.

Langkah Pencegahan Lebih Ketat

Kejadian ini menunjukkan betapa bahayanya fenomena geologi ini di Malaysia, terutama di kawasan-kawasan berbukit. Kesedaran dan langkah-langkah pencegahan yang lebih ketat perlu diambil untuk mengelakkan tragedi seumpama ini daripada berulang di masa hadapan.

Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan

Leave a Comment