7 Tips Nak Beli Tiket Flight Murah

Kongsi Artikel Ini
Mencari tiket flight murah boleh menjadi satu cabaran, tetapi dengan beberapa strategi bijak, anda boleh berjimat banyak. Namun, baru-baru ini tular di media sosial tentang cara untuk mendapatkan tiket penerbangan pada harga yang terbaik. Menerusi perkongsian daripada Trip Kashmir Abby Hassan, terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk menempah tiket penerbangan. Jom teruskan membaca !


Isi Kandungan

Tips Tempat Tiket Penerbangan

Berikut adalah tujuh tips yang boleh membantu anda dapatkan tiket flight pada harga terbaik:

1. Tempah Hari Selasa Dan Rabu

tiket

Kenapa?
Selasa dan Rabu adalah hari terbaik untuk beli tiket flight. Ini kerana kebanyakan syarikat penerbangan akan menetapkan sistem tempahan pada hari Selasa jam 7.00 malam. Mereka tahu ramai penumpang hanya ada masa untuk tempah tiket pada hujung minggu, jadi harga pada hari Selasa dan Rabu cenderung lebih rendah.

Statistik
Berdasarkan statistik, kebanyakan orang hanya akan belek-belek harga tiket pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad. Jadi, dengan tempahan pada Selasa atau Rabu, anda mungkin boleh dapat harga yang lebih rendah.

2. Tempah Awal, Tetapi Jangan Terlalu Awal

tiket

Tempoh
Anda perlu tempah tiket sekurang-kurangnya 21 hari sebelum tarikh penerbangan. Ini kerana kebanyakan syarikat penerbangan telah tetapkan dalam sistem mereka untuk mencapai seberapa banyak jualan tiket yang boleh.

Kuota Tiket Murah
Contohnya, dalam sistem ditetapkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke London, hanya 20 penumpang terawal akan dapat menempah tiket pada harga terendah. Sementara 200 penumpang seterusnya akan mendapat harga medium dan selebihnya lagi mungkin lebih mahal. Pendek kata, sistem syarikat penerbangan memang akan tetapkan harga tiket berdasarkan margin yang mereka mahukan semasa penerbangan.

3. Hari Terbang Yang Sesuai

tiket

Pilihan Hari
Cuba pilih untuk terbang pada hari Selasa atau Rabu. Ini kerana kebanyakan syarikat penerbangan akan tetapkan dua hari ini sebagai ‘hari kurang sibuk’ dalam sistem tempahan mereka.

Kesesakan
Lapangan terbang juga biasanya kurang sibuk pada kedua-dua hari ini, berbanding Jumaat dan Ahad yang mana sistem tempahan dan lapangan terbang sangat sibuk. Dengan memilih hari yang kurang sibuk, anda mungkin dapat harga yang lebih rendah dan pengalaman perjalanan yang lebih lancar.




4. Cari ‘Best Deal’ Untuk Penerbangan Antarabangsa

tiket

Tempoh Tawaran
Syarikat penerbangan biasanya menawarkan ‘Best Deal’ kira-kira 11 hingga 12 minggu lebih awal untuk penerbangan antarabangsa.

Tindakan
Anda perlu rajin memeriksa harga dalam tempoh ini. Pastikan anda sering melawat laman web syarikat penerbangan atau menggunakan perkhidmatan notifikasi harga untuk memastikan anda tidak terlepas tawaran terbaik.

5. Pilih Untuk Mendarat di Lapangan Terbang Kecil

tiket

Contoh
Jika anda ke London, ramai akan pilih untuk mendarat di Heathrow. Sebaliknya, cuba mendarat di lapangan terbang yang lebih kecil seperti Manchester. Dari Manchester, anda boleh naik train ke London.

Kenapa?
Ini biasanya lebih murah kerana lapangan terbang utama seperti Heathrow mengenakan bayaran lebih tinggi untuk mendarat dan berlepas. Dengan memilih lapangan terbang yang lebih kecil, anda boleh mengurangkan kos penerbangan dan menikmati perjalanan yang lebih murah.


6. Buang ‘Cookies’

man using laptop computer searching information with search bar web browser 59017 643

Kenapa?
Cookies pada komputer riba, telefon pintar dan PC anda akan menyimpan maklumat tentang laman web yang anda telah lawati. Melalui cookies, sistem tempahan akan mengenali anda telah melihat laman web mereka berulang kali dan mungkin menetapkan harga yang sama atau lebih tinggi.

Tindakan
Padam cookies pada internet browser anda. Ini akan menghapuskan jejak anda di laman web tersebut dan boleh membantu mendapatkan harga  yang lebih rendah. Jika tidak tahu cara padam cookies, anda boleh mencari panduan melalui carian Google.

7. Bandingkan Harga

tiket

Jangan Malas
Google dan bandingkan harga tiket yang anda mahukan di laman web yang berbeza. Jangan hanya tertumpu pada satu laman web sahaja.

Search Engine Disyorkan
Beberapa search engine yang anda boleh gunakan untuk bandingkan harga termasuk:

  • Skyscanner
  • CheapFlight
  • Momondo
  • Kayak
  • Google Flight
  • Ita Software

Anda mungkin akan terkejut melihat harga yang lebih murah daripada syarikat penerbangan yang sama di laman web yang berbeza. Dengan membandingkan harga, anda boleh memastikan anda mendapat tawaran terbaik untuk tiket penerbangan anda.

Dengan mengikuti tips-tips ini, anda boleh menjimatkan banyak wang dan mendapatkan tiket flight pada harga yang paling berpatutan. Selamat mencuba dan selamat terbang!

Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan

PERINGATAN :
1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.

Leave a Comment