Peringatan : Artikel ini hanya berkongi informasi mengenai antara faktor utama tidak lulus STR. Artikel ini tidak mengumpulkan sebarang data dan informasi.
Isi Kandungan
STR, atau Sumbangan Tunai Rahmah, telah menjadi subjek perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat. Program ini telah membantu banyak individu dan keluarga dalam meningkatkan taraf kewangan mereka. Bagi memenuhi keperluan masyarakat yang tidak lulus STR, Tempoh Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024 yang bermula pada 29 Januari 2024.
Cara Mudah Memohon Semakan Semula (Rayuan) STR 2024
Jika anda tidak berjaya dalam permohonan sebelum ini, jangan risau. Tempoh Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024 akan bermula pada 29 Januari 2024. Terdapat dua kaedah mudah untuk membuat semakan semula.
Pertama, boleh dilakukan secara dalam talian melalui Portal Rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my. Kedua, anda juga boleh mengemukakan borang permohonan di Pejabat HASiL berdekatan, Pejabat Satelit (PS), atau Urban Transformation Centre (UTC) HASiL. Rujuk borang disini : Borang Permohonan STR (BK-01)
Alasan Tidak Lulus STR: Ketahui Alasan Dan Kenal Pasti Dokumen Sokongan
Alasan tidak lulus STR – Banyak faktor boleh menyebabkan permohonan STR tidak lulus. Antaranya termasuk maklumat yang tidak sepadan, masalah pengesahan maklumat pasangan, atau melebihi had pendapatan tertentu. Untuk itu, pastikan dokumen sokongan lengkap mengikut alasan tidak lulus yang dinyatakan. Disini disertakan 10 alasan yang dikesan untuk permohonan yang tidak diluluskan. Ketahui alasan dan kenalpasti dokumen yang perlu disertakan.
a. Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan / Status Kewarganegaraan
b. Maklumat Pengenalan Pasangan perlu pengesahan
c. Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang
d. Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM5,000
e. Pemohon berdaftar sebagai Pengarah Syarikat
f. Semakan rekod agensi mendapati pemilikan kenderaan Pemohon / Pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40).
g. Pemohon wujud sebagai Pasangan di permohonan lain
h. Pemohon berstatus Kahwin tetapi tiada maklumat Pasangan
i. Status Perkahwinan perlu pengesahan
j. Tarikh Perceraian memerlukan Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Agensi Kerajaan
k. Semakan rekod agensi mendapati had kemampuan pemohon / pasangan memiliki kediaman melebihi syarat kelayakan
Untuk mengetahui alasan lain tidak lulus permohonan dan surat dokumen sokongan yang diperlukan boleh rujuk disini : Alasan dan dokumen sokongan
BACA JUGA :
Salam, the thoughtful writer at www.triviamy.com, delves into the heart of current issues in Malaysia, offering readers a nuanced perspective and in-depth analysis. Stay informed with Salam’s engaging articles on the latest happenings in the country.