Nostalgia Telefon Bimbit Zaman 2000-an: Teknologi yang Menggamit Memori

Kongsi Artikel Ini
Telefon pintar hari ini semakin maju dengan pelbagai fungsi dan reka bentuk menarik. Namun, seperti kata pepatah, “tiada yang baharu tanpa yang lama.” Mari kita imbas kembali era telefon bimbit klasik yang popular sebelum kemunculan telefon pintar.

Anak-anak muda zaman sekarang mungkin sukar mempercayai bahawa telefon bimbit ini pernah menjadi kebanggaan ramai. Bagi mereka yang pernah menggunakannya, telefon bimbit ini pasti menggamit memori indah tentang teknologi masa lampau yang kini hanya tinggal kenangan.



Baca Juga : Langkah Keselamatan Pokok Tumbang

Isi Kandungan

Nokia 5130: Teman Setia Penggemar Muzik

telefon bimbit

Dilancarkan pada tahun 2007, Nokia 5130 dari siri ExpressMusic sangat terkenal sebagai telefon pilihan peminat muzik. Ia dilengkapi dengan pemain muzik yang menyokong pelbagai format seperti MP3, AAC, WMA, dan WAV, membolehkan pengguna menikmati muzik di mana-mana sahaja. Rekaan ringkas dan tahan lasak telefon ini menarik minat golongan muda ketika itu, dan Nokia berjaya menjual sebanyak 65 juta unit di seluruh dunia.

Nokia 1208: Telefon Sederhana dengan Fungsi Praktikal

telefon bimbit

Juga dilancarkan pada tahun 2007, Nokia 1208 lebih dikenali kerana fungsinya yang minimal namun praktikal. Selain digunakan untuk membuat panggilan, ia turut dilengkapi dengan lampu suluh yang sangat berguna, menjadikannya pilihan utama bagi mereka yang memerlukan telefon lasak. Nokia 1208 mencatatkan jualan sebanyak 100 juta unit dan masih menjadi kenangan bagi ramai pengguna.




Nokia 3310: Legenda Ketahanan

telefon bimbit

Tidak dapat dinafikan, Nokia 3310 adalah antara telefon paling ikonik yang pernah dihasilkan. Telefon ini dilancarkan pada tahun 2000 dan dikenali sebagai telefon paling kuat dan tahan lasak, sehinggakan ia dikatakan boleh bertahan jika terjatuh dari ketinggian. Nokia 3310 juga dilengkapi dengan permainan video klasik seperti Snake dan Space Impact, menambah nilai hiburan untuk pengguna. Dengan lebih 126 juta unit terjual, telefon ini menjadi simbol kekuatan dan kebolehpercayaan.

Nokia 6600: Teknologi Maju Zaman 2000-an

telefon bimbit

Nokia 6600 menjadi rebutan remaja pada awal tahun 2000. Dikenali sebagai ‘telefon sabun’ bagi orang tempatan. Telefon ini adalah salah satu telefon bimbit paling laris dengan lebih 150 juta unit terjual sejak dilancarkan pada awal 2000-an. Telefon ini dilengkapi dengan kamera VGA, pemain muzik dan video, Bluetooth, serta memori yang boleh ditambah menggunakan kad memori. Pada zamannya, Nokia 6600 dianggap sebagai telefon pintar paling canggih dengan harga mencecah RM2,500, menjadikannya simbol status teknologi pada ketika itu.

BlackBerry Bold 9000: Telefon Eksklusif untuk Profesional

telefon bimbit

Telefon BlackBerry yang telah dilancarkan pada tahun 2008 ini pula hanya mampu dibeli oleh sesetengah orang sahaja pada zaman kegemilangannya sebab harganya boleh tahan mahal. BlackBerry Bold 9000 ini mempunyai kamera dengan resolusi 2.0 MP dan beratnya pula hanya 136g sahaja. Rekaannya juga lain daripada kebanyakan telefon bimbit pada ketika itu. Telefon ini hadir dengan reka bentuk elegan dan dilengkapi dengan papan kekunci QWERTY yang memudahkan urusan mesej dan e-mel.

Motorola RAZR V3: Telefon Lipat Paling Bergaya

telefon bimbit

Motorola RAZR V3 menawan hati ramai dengan rekaan lipat yang sangat elegan dan bergaya. Telefon ini pertama kali dilancarkan pada pertengahan 2000-an dan menjadi simbol kemewahan teknologi ketika itu. Ia diiktiraf sebagai telefon lipat paling laris dengan jualan lebih daripada 130 juta unit. Pada asalnya, ia dipasarkan sebagai telefon eksklusif dengan harga yang tinggi, tetapi setelah harganya diturunkan, Motorola RAZR V3 menjadi pilihan ramai, terutama golongan muda.

Mengimbau Kenangan Era 2000-an

Telefon bimbit dari era 2000-an ini bukan sahaja sekadar alat komunikasi tetapi juga menjadi sebahagian daripada gaya hidup dan kenangan generasi tersebut. Setiap telefon membawa ciri unik yang sesuai dengan zaman masing-masing, dan walaupun kini telah digantikan dengan telefon pintar, nostalgia terhadap rekaan dan fungsi telefon-telefon klasik ini tetap menggamit kenangan manis bagi ramai pengguna.

Sumber : richworks, iluminasi, lobak merah, says

Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan

Leave a Comment