Pembayaran STR Fasa 1 telah mula dikreditkan dan hampir tamat. Setelah itu, pembayaran Fasa 2 akan dilaksanakan.
Isi Kandungan
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)
Sumbangan Tunai Rahmah adalah sebuah bantuan kewangan yang disalurkan daripada pihak kerajaan untuk rakyat berkelayakan.
Pembayaran bantuan ini adalah melalui jumlah pendapatan bulanan. Pembayaran STR ini juga adalah secara berfasa mengikut tarikh yang diumumkan oleh kerajaan.
Baca Juga :
- Kebenaran Membuat Pengeluaran KWSP 2.0 Kepada 3 Juta Pencarum
- Permohonan Bantuan Belia RM200 Tahun 2023
STR FASA 1
Pembayaran STR Fasa 1 telah diawalkan daripada Mac kepada Januari itu. Bantuan tersebut sudah dikreditkan dan hampir semua penerima telah terima bayaran tersebut. Ia disegerakan untuk membantu penerima hadapi musim tengkujuh.
Masing-masing bujang dan warga emas tiada pasangan terima bayaran RM 100. Manakala isi rumah terima RM 300 sekiranya layak.
TARIKH BAYARAN STR FASA 2
Tarikh pembayaran bagi STR Fasa 2 belum diumumkan setakat ini. Hal ini kerana pembayaran STR Fasa 1 baru sahaja diumumkan, oleh sebab itu pengumuman bagi tarikh bayaran STR Fasa 2 masih terlalu awal.
Tetapi jangkaan pembayaran STR Fasa 2 jika mengikut bayaran BKM 2022 di mana setiap 3 bulan pembayaran akan dilaksanakan.
Oleh yang demikian, jika mengikut perkara tersebut dijangkakan pembayaran fasa seterusnya adalah pada bulan April 2023.
Walau bagaimanapun ia hanyalah sekadar jangkaan. Pihak kerajaan akan umumkan tarikh bayaran yang rasmi pada masa akan datang.
KATEGORI KELAYAKAN STR
Kategori yang layak bagi STR buat setakat ini adalah isi rumah, warga emas tiada pasangan dan bujang.
Penerima STR Fasa 1 ini adalah daripada data BKM 2022. Oleh sebab itu, sekiranya anda bukan penerima sebelum ini dan ingin membuat permohonan baru, dijangkakan permohonan baru bakal dibuka pada masa akan datang.
Sumber : utusankerja.my
Inisiatif Khas Telegram : t.me/pakejbantuankerajaan
Khairul, the insightful writer at www.triviamy.com, is dedicated to providing a comprehensive view of job vacancies and current issues in Malaysia. With a passion for keeping readers informed, Khairul’s articles offer valuable insights into employment opportunities and the latest developments in the country.