Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Kategori Bujang (April 2023)

Kongsi Artikel Ini

White Minimalist Corporate Personal Profile LinkedIn Banner

Berita baik bagi golongan bujang yang berusia 21 tahun ke atas, anda kini boleh membuat semakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi kategori STR Bujang.

Adakah anda sudah membuat permohonan dan semakan kelayakan bagi bantuan tunai Kerajaan ini?



Rujuk maklumat di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Isi Kandungan

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Syarat Kelayakan STR Bujang

Pemohon bujang layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:




i) Bujang

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.



Artikel Lain :

Jumlah & Tarikh Terima Bayaran

Jumlah bayaran bantuan tunai ini bagi penerima berstatus bujang yang layak adalah : RM350




Sumbangan Tunai Rahmah STR Bujang

NOTA:

Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:

  • Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
  • Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
  • Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan.

Tarikh Bayaran STR Bujang

Untuk pengetahuan umum, baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan bahawa pembayaran STR fasa 2 secara kredit terus dan tebus tunai di cawangan BSN. Pembayaran akan dipercepatkan pada awal atau pertengahan April 2023.

Ini adalah merupakan berita gembira khususnya untuk golongan yang benar-benar memerlukan. Tarikh bayaran fasa 2 STR Bujang adalah dalam jangkaan akan bermula pada 5 – 15 April 2023. Yang pasti bayaran akan selesai disalurkan sebelum raya aidilfitri iaitu 22 April.

Penerima bantuan tunai 2023 bagi kategori bujang akan menerima bayaran dalam fasa berikut:



  • Fasa 1 (Januari) : RM100
  • Fasa 2 (April) RM100
  • Fasa 3 (Julai) : RM150
  • Fasa 4 (November) : RM0

Jumlah : RM350 (bukan warga emas)

Sumbangan Tunai Rahmah STR Bujang




Panduan Lengkap Kemaskini Permohonan STR Bujang

Untuk mengemaskini permohonan anda, sila rujuk panduan berikut:

Muat Turun Borang Permohonan STR Bujang



Sumber : eCentral.my

Leave a Comment