Tarikh Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM700 Untuk Rakyat Malaysia ~ Semak Sekarang!
Buat makluman anda, terdapat pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan ini telah diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri mengikut tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Anrata salah satu ialah Bantuan Khas Kewangan RM700 dan RM350 melalui Kerajaan Persekutuan kepada mereka yang layak.
Baca Juga:
- TERKINI : Bantuan Kewangan BMT Sebanyak RM800 Dipercepatkan Ke Disember ini!
- Beri Pengecualian Pengeluaran Simpanan KWSP
- Sekolah Akan Agihkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Kepada Murid Secepat Mungkin
Di halaman TriviaMy ini adalah merupakan maklumat yang lebih jelas mengenai bantuan kewangan ini.
Menurut kenyataan Kerajaan Ogos lalu, bayaran BKK sebanyak RM700 akan diberikan kepada semua anggota perkhidmatan awam Gred 56 dan ke bawah.
Manakala RM350 pula telah diberikan kepada pesara dan veteran Kerajaan yang tidak berpencen. Semua pembayaran ini akan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1.3 bilion.
TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN
Buat pengetahuan anda, tarikh pembayaran akan dilaksanakan pada Januari 2023 tahun hadapan.
Dalam perkembangan lain, Kerajaan Negeri Melaka juga turut mengumumkan pemberian BKK sebanyak RM700 kepada penjawat awam negeri terbabit.
Pembayaran akan dibuat bulan ini, manakala penjawat awam juga akan menerima BKK setengah bulan gaji yang akan dibayar dua kali iaitu pada Februari dan April 2023.