STR 2024 : Tarikh Akhir Tebus Tunai STR Di BSN. Exclusive Disini !

Kongsi Artikel Ini

Peringatan : Artikel ini hanya berkongsi mengenai tarikh akhir tebus tunai STR 2024 dan tidak mengumpulkan sebarang data dan maklumat. 

Isi Kandungan

Jawatan Kosong SPA9

Seperti mana yang kita tahu, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah mula diagihkan sebelum ini. Terdapat beberapa kaedah dalam pengagihan STR salah satunya adalah Tuntutan Tunai. Artikel ini memperingatkan semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bahawa tuntutan tunai di Bank Simpanan Nasional akan berakhir tidak lama lagi. Baca artikel ini sehingga selesai.



KAEDAH PEMBAYARAN STR 2024

Pembayaran STR boleh dilakukan melalui dua kaedah utama:

a. Kredit ke Akaun Bank

Bagi mereka yang mempunyai akaun bank, Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima atau pasangan. Dengan itu, mereka tidak perlu lagi untuk berkunjung ke BSN untuk menerima bayaran.

b. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
Pembayaran secara tunai akan dilaksanakan di kaunter BSN, terutamanya untuk mereka yang tidak mempunyai maklumat akaun bank atau mengalami masalah pengkreditan.




TARIKH AKHIR TUNTUTAN DAN KAEDAH TUNTUTAN TUNAI

Tarikh akhir untuk tuntutan dan tebus tunai di BSN adalah pada 31 Januari 2024. Pelanggan yang ingin membuat tuntutan tunai perlu mengunjungi cawangan BSN dengan membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.

str 2024

KAEDAH TUNTUTAN TUNAI DAN STATUS KELAYAKAN

Pengguna boleh menyemak status kelayakan melalui laman sesawang bantuantunai.hasil.gov.my atau menghubungi Hotline BTR Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di talian 1800-88-2747. Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan mewakili penerima bagi tujuan penunaian STR.


BACA JUGA : TARIKH AGIHAN SARA

KADAR STR 2024

Kadar bayaran STR 2024 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan. Pendapatan RM2500 ke bawah dengan jumlah tanggungan anak 1-5 akan mendapat kadar bermula RM1000 sehingga RM2500. Warga emas tiada pasangan dengan pendapatan di bawah RM5000 akan menerima RM600. Bagi kategori bujang dengan pendapatan di bawah RM2500 akan mendapat RM350.



Penerima STR diminta agar membuat tuntutan dan tebusan secepat mungkin sebelum tarikh akhir untuk memastikan proses berjalan dengan lancar. Untuk maklumat lanjut, layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan

PERINGATAN :
1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.

Leave a Comment