Takbir Raya Lengkap Berserta Makna

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

Takbir Raya Lengkap Berserta Makna

Sambutan hari raya Aidilfitri disambut dengan gema takbir dengan tujuan menyebar dan menggambarkan syiar Islam. Ianya juga sebagai tanda meraikan kemenangan dalam menghadapi ujian dan cubaan sebulan penuh di bulan Ramadan.

Takbir pada hari raya merupakan perkara yang disunatkan berdasarkan firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 185:

وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Maksudnya: Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan mudah-mudahan kamu bersyukur.



Umat Islam disunatkan untuk melaungkan takbir bermula dari matahari terbenam pada hari terakhir Ramadan dengan suara yang lantang bagi menunjukkan kegembiraan dan semangat dengan syiar Islam.

Takbir raya pada Hari Raya Aidilfitri akan dilaungkan sehinggalah imam mengangkat takbir solat sunat Hari Raya Aidilfitri.

Hal ini sebagaimana yang disebutkan oleh Dr. Wahbah Zuhaili di dalam kitabnya:

وقال الجمهور: يكبر في المنازل والمساجد والأسوق والطرق أي عند الغدو إلى الصلاة جهراً، إلى أن تبدأ الصلاة

Maksudnya: Menurut pandangan jumhur ulama: Melaungkan takbir ketika di rumah, masjid, pasar dan jalan. Iaitu pada hari sebelum solat (solat sunat hari raya) secara lantang sehinggalah hendak memulakan solat (solat sunat hari raya).

Selain dari melaungkan takbir raya, umat Islam sangat digalakkan juga untuk bertahlil, takbir, tahmid dan taqdis. Ini berdasarkan hadis daripada riwayat Anas:

“Hiasilah kedua hari raya kamu dengan tahlil, takbir, tahmid dan taqdis.” (Riwayat Abu Nuaim)

 

Takbir Raya Lengkap Berserta Makna
Takbir Raya Lengkap Berserta Makna

Lafaz Takbir Raya Aidilfitri




Lafaz takbir raya aidilfitri yang biasa dibacakan adalah seperti berikut:

اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ
لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ
اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

(Ini dimulai oleh Imam/Bilal barulah jemaah) Diulang 3 kali barulah sambung takbir dibawah :

اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا
وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَلَا نَعْبُدُ إلَّا إيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ
وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ, صَدَقَ وَعْدَهُ, وَنَصَرَ عَبْدَهُ
وَأَعَزَّ جُنْدَهُ
وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ
لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ
اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Maksudnya : “Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tidak ada sembahan yang benar melainkan Allah, dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan untuk Allah segala pujian.

Allah Maha Besar dengan sebenar-benar Kebesaran-Nya, dan pujian bagi Allah sebanyaknya. Maha suci Allah di waktu pagi dan petang.

Tiada Tuhan melainkan Allah dan tidaklah kami menyembah melainkan-Nya dengan tulus ikhlas menuruti Agama-Nya, sekalipun dibenci oleh orang kafir.

Tiada Tuhan melainkan Allah sahaja. Dia membenarkan janjinya, membantu hambanya dan memuliakan tenteranya serta mengalahkan pakatan tentera Ahzab secara bersendirian.

Tiada Tuhan melainkan Allah. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala pujian”

BACA JUGA ========
PADU : 5 Sebab Kenapa Perlu Daftar




Takbir Raya Lengkap Berserta Makna
Takbir Raya Lengkap Berserta Makna

 

Takbir Raya Rumi

Allahu Akbar, Allahu Akbar ,Allahu Akbar, La illaha il Allah , Allahu Akbar, Allahu Akbar walilahil Hamd , (diulang 3 kali)

Allahu Akbaru Kabeera wal-Hamdulilahi katheera wa Subhan allahi bukratan wa aseila

La illaha il Allah sadaqa wa’dah ,wa nasara abda, wa a’azza jundahu wa hazamal-ahzaaba wahdah

La illaha il Allah ,wa laa na’budu illa iyyah, mukhlessena lahud-deena,walaw karehal-Kafiiruun

La illaha il Allahu wallahu Akbar, Allahu Akbar walillahil Hamd




Semoga perkongsian ini dapat memudahkan urusan serta menjimatkan masa anda.

Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan

PERINGATAN :
1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.

Leave a Comment