Tak Lulus BUDI Madani RM200 Sebab Belum Daftar GeoAgro

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

Tak Lulus BUDI Madani RM200 Sebab Belum Daftar GeoAgro

Tak Lulus BUDI Madani Sebab Belum Daftar GeoAgro
Tak Lulus BUDI Madani Sebab Belum Daftar GeoAgro

Kepada anda yang berniaga dalam bidang pertanian, ternakan, dan akuakultur, daftar dahulu dengan sistem GeoAgro sebelum hantar permohonan untuk mendapatkan bantuan dari program Budi Madani. Mudah sahaja, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dah sediakan portal khas untuk anda. Sekiranya anda merasakan diri anda layak dan memenuhi semua syarat, tunggu apa lagi? Daftar sekarang di portal yang disediakan.

Ingat anda kena daftar dengan GeoAgro dahulu, selepas itu barulah boleh proceed dengan permohonan Budi Madani RM200 sebulan. Semua link ada di website rasmi KPKM, sangat memudahkan kepada para petani.

Apa Itu GeoAgro?

GeoAgro adalah satu laman web rasmi untuk sistem pendataan petani di Malaysia. Kelayakan untuk mendaftar di GeoAgro adalah takrifan kasar tahunan dari jualan hasil tanah tu antara RM50,000 sehingga RM300,000 setahun.

Pendaftaran GeoAgro sudah boleh dilakukan bermula dari 28 Mei yang lalu.

Pendaftaran yang dilakukan sebelum 3 Jun 2024 akan menerima bantuan tunai pertama menjelang pertengahan bulan Jun ini. Bagi pendaftaran selepas 3 Jun pula akan menerima bantuan tunai selepas dua minggu dari tempoh pendaftaran.

Tak Lulus BUDI Madani Sebab Belum Daftar GeoAgro
Tak Lulus BUDI Madani Sebab Belum Daftar GeoAgro

Syarat Kelayakan BUDI Madani Agri-Komoditi

Antara syarat kelayakan untuk mendapat bantuan penyasaran subsidi diesel sektor pertanian dan perladangan adalah seperti berikut:

Petani Kecil

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Individu/ Pertubuhan yang berdaftar dengan KPKM melalui sistem
    pendaftaran GeoAgro di pautan https://geoagro-register.kpkm.gov.my/
    ataupun telah berdaftar dengan agensi berkaitan iaitu :

      • Sektor tanaman dengan Jabatan Pertanian Malaysia (tidak termasuk
        pesawah padi)
      • Sektor ternakan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, dan
      • Sektor akuakultur dengan Jabatan Perikanan Malaysia (tidak termasuk
        nelayan);

Individu/Pertubuhan yang merupakan pengusaha pertanian berskala kecil :

  1. Yang memiliki dan mengusahakan hasil pertanian makanan dan
    menghasilkan pengeluaran secara aktif dan berterusan.
  2. Bagi tujuan ini,
    pengusaha pertanian kecil yang aktif ditakrifkan yang menjana nilai jualan
    hasil pertanian tahunan dari RM50,000 hingga RM300,000;

Memohon secara dalam talian di laman web BUDI MADANI iaitu
https://budimadani.gov.my termasuk mengesahkan memenuhi kriteria
kelayakan termasuk tahap nilai jualan tahunan

Cara daftar GEOAgro Budi Madani

image 2024 06 04 160717276

BACA JUGA ======== Cara Semak Saman Polis/JPJ Secara Online 2024

Petani, penternak dan pengusaha akuakultur yang berkelayakan perlu berdaftar terlebih dahulu melalui Sistem GeoAgro di pautan https://geoagro-register.kpkm.gov.my/login

  1. Layari laman web GeoAgro dengan mengklik pautan di atas
  2. Klik pada butang “Daftar Sebagai Penguna Baru“
  3. Masukkan segala maklumat yang diminta
  4. Klik kotak pengesahan
  5. Klik pada butang Simpan

Login

Pada halaman utama GeoAgro:

    1. Masukkan ID Pengguna
    2. Masukkan Kata Laluan
    3. Klik butang Log Masuk

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan dan kekeliruan :

Untuk sebarang pertanyaan/bantuan mengenai GEOAgro, sila hubungi peggawai yang bertugas di emel [email protected]

Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan

PERINGATAN :

  1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
  2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.

Leave a Comment