Peruntukan STR Ditingkatkan dalam Belanjawan 2024
Dalam Belanjawan 2024, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, telah mengumumkan peningkatan peruntukan STR sebanyak RM2 bilion, menjadikan jumlah keseluruhan kepada RM10 bilion.
Ini adalah penambahan sebanyak 25% berbanding RM8 bilion pada tahun 2023. Langkah ini diambil untuk memanfaatkan hampir 60% penduduk dewasa Malaysia, terutamanya dari golongan B40 dan M40 terendah, bagi meringankan kos sara hidup mereka.
Penambahbaikan dan Pendaftaran Sepanjang Tahun
Kerajaan juga telah memperkenalkan pendekatan baharu dengan membuka pendaftaran STR 2024 sepanjang tahun. Ini memberi peluang kepada lebih ramai rakyat untuk mendaftar dan menerima bantuan kerajaan.
Penerima sedia ada dan penerima baharu akan menerima pembayaran melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).
Kaedah Pembayaran dan Langkah Keselamatan
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 akan disalurkan secara berperingkat mulai 29 Ogos 2024 untuk penerima sedia ada, manakala penerima baharu dan rayuan akan menerima bayaran mulai 18 September 2024.
Pembayaran akan dibuat melalui akaun bank atau secara tunai di cawangan BSN, terutamanya di Sabah, Sarawak, dan W.P Labuan. Kerajaan juga menasihatkan agar penerima STR berwaspada dengan pautan tidak sahih dan mengingatkan bahawa Kementerian Kewangan tidak akan meminta maklumat peribadi melalui SMS atau WhatsApp.
Jumlah Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Mengikut Kategori
Jumlah bayaran STR Fasa 3 adalah berdasarkan kategori kelayakan penerima, di mana isi rumah dengan pendapatan ≤ RM2,500 akan menerima antara RM150 hingga RM650.
Isi rumah dengan pendapatan RM2,501-RM5,000 akan menerima antara RM150 hingga RM300. Warga emas tanpa pasangan akan menerima RM150, manakala individu bujang akan menerima RM50.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah, sila hubungi talian bantuan STR/SARA MOF di 03-8882 4565/4566.
Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan