Sign Petition KWSP ~ Tuntutan Pengeluaran Kali Terakhir September 2022

Kongsi Artikel Ini

telegram%2Bimage

Isi Kandungan

Sign Petition KWSP ~ Tuntutan Pengeluaran Kali Terakhir

Ketika pandemik yang melanda seluruh dunia pada 2020, ekonomi negara mula terjejas disebabkan beberapa faktor antaranya kehilangan pekerjaan dalam kalangan masyarakat, faktor kesihatan dan pelbagai lagi.

Kehilangan pekerjaan adalah faktor utama dalam krisis ekonomi yang berlaku di seluruh dunia. Ini menyebabkan masyarakat mula kehilangan sumber pendapatan.



Seperti yang anda sedia maklum, polisi yang diperkenalkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja adalah hanya membenarkan pengeluaran berdasarkan syarat yang ditetapkan sahaja tertakluk kepada jenis pengeluaran yang diiktiraf.

Ekoran daripada siri isu pandemik ini, KWSP telah memperkenalkan produk KWSP seperti i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan Special Production bagi membantu masyarakat dalam menyara hidup akibat kehilangan punca pendapatan.




Kami dari Triviamy akan berkongsi cara mudah untuk menandatangan petisyen KWSP 2.0 ~ tuntutan kali terakhir.

Sign Petition KWSP

Ikuti Telegram Rasmi : t.me/pakejbantuankerajaan

Sign Petition KWSP

Kini, negara kita sedang berada dalam fasa pasca pandemik, di mana isu kehilangan pendapatan semakin pulih.

Namun begitu, akibat taraf hidup yang semakin meningkat, rakyat mula bersuara agar penerbitan siri KWSP 2.0 itu diluluskan.



Sebahagian masyarakat kita hari ini masih bergelut dengan kesempitan hidup akibat kehilangan pekerjaan apabila wabak melanda selama 2 tahun.

Justeru, petisyen pengeluaran kwsp 2.0 telah diwujudkan bagi menggesa Kerajaan dan KWSP mendengar suara rakyat yang masih memerlukan wang caruman demi kelangsungan hidup mereka.

Dengan itu, sebuah petisyen telah diadakan di laman web Change.org bertujuan untuk menyuarakan suara individu yang menyokong dan menandatangani petisyen kwsp 2.0.




Kami akan kongsikan kepada anda cara-cara untuk menandatangani petisyen penarikan diri di Change.org seperti di bawah;

  1. Layari laman sesawang https://www.change.org khas KWSP 2.0 untuk tujuan menandatangani petition seperti pada Rajah di bawah ini.
  2. Tekan pada butang “Search” untuk mencari petisyen KWSP 2.0. Hasilnya anda akan jumpa link pautan ini, https://www.change.org/p/luluskan-pengeluaran-khas-2-0-kwsp-untuk-kelangsungan-kehidupan-rakyat
  3. Jika anda berminat untuk menandatangani petition bagi menyokong pengeluaran sekali lagi seperti pada Rajah di bawah ini, anda hendaklah memasukkan butiran yang diinginkan seperti nama dan alamat emel.
  4. Kemudian, tekan pada butang “Sign this petition”.
  5. Akhir sekali, petition anda telah dihantar dan anda boleh terus mengemaskini informasi baru berkaitan petition anda dari semasa ke semasa.

Sign Petition KWSP



Kelebihan Sign Petition KWSP

Pengeluaran kedua ini banyak memberi kesan positif kepada masyarakat dan individu di mana mereka yang berminat untuk mengeluarkan wang sudah tentu mempunyai perancangan tersendiri.

  1. Ada di antara mereka yang ingin menjadikan ianya sebagai modal perniagaan, ada yang ingin menjadikannya untuk kegunaan kecemasan, ada yang menjadikannya untuk pelaburan dan pastinya setiap orang mempunyai tujuan mereka tersendiri.
  2. Pengeluaran ini memberi kesan yang baik jika kita menggunakannya dengan cara yang baik.
  3. Ianya bukan hanya dapat meringankan beban yang ditanggung oleh masyarakat tetapi ianya boleh dijadikan sebagai perantaraan untuk menjana balik pendapatan yang hilang terutamanya dengan keadaan ekonomi hari ini.


Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my

 

Leave a Comment