Isi Kandungan
Wang Yang Tak Dituntut (WTD)
Siapa tahu, rupanya dalam IC kita ada duit, ini cara mudah nak claim. Wang yang tak dituntut selalunya berlaku jika ada dalam kalangan ahli keluarga yang sudah meninggal dunia dan masih mempunyai baki wang di beberapa akaun lain.
Mungkin ada dan mungkin tiada dalam kalangan ahli keluarga yang tahu, rupanya masih ada wang yang boleh kita tuntut dalam jumlah yang banyak.
Rupa-rupanya ada juga dalam kalangan kita yang mempunyai wang yang tak dituntut dalam kad pengenalan diri juga. Berikut merupakan cara untuk anda ‘claim’ wang yang tidak dituntut ini supaya boleh digunakan.
Baca Juga :
- Bantuan Sara Hidup Dibayar RM300 Sebulan Untuk Rakyat Malaysia
- RASMI : Permohonan Pengeluaran KWSP Fasa 1 Sehingga RM50,000
Cara Claim Wang Yang Tak Dituntut
1. Pergi ke laman sesawang https://egumis.anm.gov.my
2. Klik di bahagian atas sebelah kanan PENDAFTARAN
3. Lengkapkan maklumat diri yang diminta. (Nama penuh dan nombor kad pengenalan sila ikut dokumen pengenalan diri)
4. Isi maklumat dan tandakan ruangan yang perlu ditanda dan klik ‘DAFTAR’. Pendaftaran selesan dan klik LOG MASUK
5. Pergi ke laman sesawang eGUMIS di https://egumis.anm.gov.my dan klik LOG MASUK
6. Masukkan ID pengguna dan kata laluan yang dicipta semasa pendaftaran.
7. Kemaskini maklumat pengguna (pengguna diminta untuk melengkapkan semua butiran yang bertanda *)
8. Setelah selesai disimpan, papara portal e-GUMIS akan seperti ini dan boleh klik ‘KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT’
Make sure yang korang nak tuntut NAMA EMPUNYA dalam rekod WTD adalah nama korang yang sama dalam IC korang sekali bin/binti yer. Kalau tak cukup atau beza korang kena rujuk JANM yang terdekat.
9. Masukkan No. kad pengenalan yang diberikan. Had maksimum carian adalah sebanyak 2 kali sahaja.
10. Jika mempunyai rekod carian, paparan rekod akan ditunjukkan seperti di dalam gambar rajah.
11. Borang permohonan akan dijana secara automatik dan pengguna perlu melengkapkan butiran penerima bayaran.
12. Tandakan di dalam kotak merah dan lengkapkan maklumat akaun bank.
13. Semak ruangan mandatori dokumen apa yang diperlukan lagi untuk dimuat naik selain dokumen asas korang yer.
14. Pemohon akan diminta untuk memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
15. Klik butang muat naik untuk masukkan dokumen sokongan.
16. IC kalau nak palangkan make sure tak kena pada nombor dalam ic tu ye.
17. Sebelum klik butang HANTAR, pemohon perlu klik butang SETUJU.
Selamat mencuba!
Ikuti Telegram Rasmi : t.me/pakejbantuankerajaan
Khairul, the insightful writer at www.triviamy.com, is dedicated to providing a comprehensive view of job vacancies and current issues in Malaysia. With a passion for keeping readers informed, Khairul’s articles offer valuable insights into employment opportunities and the latest developments in the country.