Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah 2024

Kongsi Artikel Ini

Sumbangan Tunai Rahmah 2024 – Pembayaran bagi fasa 1 dan 2 telah selesai dikreditkan pada Januari dan April lalu. Sebelum ini, desas desus dikatakan STR Fasa 3 akan dibayar sebelum Hari Raya Aidiladha.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan sebuah bantuan kerajaan yang diberikan dalam 4 kali pembayaran bagi tempoh setahun.



Artikel berkaitan : Bantuan Tambahan STR 2024 : Semakan Status & Syarat Kelayakan

Isi Kandungan

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2024

Sumbangan Tunai Rahmah 2024 (STR) kembali diteruskan bagi tahun kedua dengan penambahan bantuan asas berjumlah RM600 yang dikenali sebagai SARA.

Bantuan STR yang bermula pada fasa 1 hingga 4 ini akan memfokuskan setiap isi rumah, bujang atau individu yang tiada pasangan yang berada dalam kategori miskin tegar, B40 dan M40.

Sumbangan Tunai Rahmah 2024




SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 3

Setelah pembayaran STR Fasa 2 bermula 3 April lepas. Sebahagian wang bantuan tersebut sudah tentu digunakan sebagai persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Pembayaran seterusnya adalah Sumbangan Tunai Rahmah 2024 Fasa 3 yang dijangkakan dikreditkan dalam 2-4 bulan ke depan.

BAYARAN STR FASA 3 DIJANGKA HINGGA RM 800

Buat masa ini tiada lagi jumlah bayaran STR Fasa 3. Masih terlalu awal untuk diumumkan.

Tetapi jika kita melihat STR Fasa 3 – 2023 bayaran tertinggi bantuan adalah berjumlah RM 800 manakala terendah RM100 untuk bujang.

Kami menjangkakan bayaran STR Fasa 3 bagi tahun ini adalah sama atau tidak jauh berbeza dengan tahun 2023.


TARIKH BAYARAN TERKINI

Hanya berbaki bayaran STR Fasa 3 dan 4 sahaja lagi. STR Fasa 1 dan 2 masing-masing telah dibayar pada Januari dan April lalu.

Dijangkakan bayaran STR Fasa 3 akan dikreditkan pada bulan diantara bulan Julai hingga September sementara itu fasa akhir iaitu fasa 4 antara Oktober hingga Disember bergantung daripada pengumuman.

str fasa 3



CARA BAYARAN

Sama seperti STR sebelum ini, terdapat 2 cara bayaran iaitu

Bayaran bantuan akan terus dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan

Sekiranya tidak mempunyai akaun bank atau terdapat masalah dengan akaun bank, pembayaran akan disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan baharu bagi bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 2024 (STR) termasuklah untuk Fasa 3 belum dibuka setakat ini.

sumbangan tunai rahmah 2024




SEMAKAN STATUS

Semakan status boleh terus dibuat melalui portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah yang disertakan di bawah

str fasa 3 2024 819x1024 1

str fasa 3 semakan 819x1024 1

str fasa 3 semakan 1 819x1024 1


Leave a Comment