Semakan Kelayakan STR Fasa 2 Tahun 2025 Kini Dibuka!

Kongsi Artikel Ini

Semakan Kelayakan STR Fasa 2 Tahun 2025 Kini Dibuka! Bagi tahun ini, sekitar 9 juta rakyat Malaysia, termasuk isi rumah, individu bujang, dan warga emas tanpa pasangan akan layak menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Bantuan tunai khas bagi tahun 2025 tersebut meliputi kadar bayaran sebanyak RM600 sehingga RM2,500 yang akan diagihkan secara berfasa.

Jadi, bila agaknya Tarikh Bayaran str fasa 2 2025? Ikuti maklumat lanjut berikut.

Join Channel Whatsapp

Isi Kandungan

Syarat Sah Layak Terima STR Fasa 2

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 hendaklah seperti yang berikut:

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Baca Juga : Mahu Mula Bisnes Sendiri? 10 Tip Wajib Anda Tahu untuk Berjaya

Laman Rasmi Semakan Kelayakan STR Fasa 2

Semakan status bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh dilakukan di Portal Rasmi berikut:

PORTAL RASMI
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)
PAUTAN PORTAL
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)
Portal MySTR https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Portal STR – Laman Khas Untuk Semakan Kelayakan STR Fasa 2

Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak].
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  9. Masukkan kata laluan yang betul.
  10. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  11. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  12. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  13. Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
    Selesai.

Baca Juga : Bantuan Awal Persekolahan 2025 RM150

Kaedah Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2

Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:

  1. Pengkreditan ke akaun bank penerima:
    Bantuan tunai akan disalurkan terus ke dalam akaun penerima atau pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  2. Secara Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN):
    Bagi penerima yang tidak memiliki akaun bank atau status pengkreditan ‘gagal kredit’ bayaran boleh diambil secara tunai di kaunter BSN berdekatan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

Leave a Comment