Isi Kandungan
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) : BAYARAN FASA 2
Untuk makluman anda, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 telah mula dikreditkan hari ini. Bagi penerima yang layak, mereka akan menerima bayaran sehingga RM200 seorang bagi kategori isi rumah manakala kategori bujang akan menerima bayaran RM100 seorang.
Sila rujuk panduan di bawah untuk membuat semakan status bayaran STR Fasa 2.
Artikel Berkaitan :
- Cara Claim Baucar Shopee Bernilai RM400
- Bantuan I-Fitri : Semakan Tarikh Pembayaran Bantuan I-Fitri 2023
JUMLAH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2023
Berikut adalah jumlah pembayaran bagi STR 2023:
SEMAKAN STATUS STR FASA 2
- Status pembayaran STR kini boleh disemak mulai 5 April 2023.
- Layari portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Sila klik Log Masuk STR untuk semakan lanjut.
KATEGORI KELAYAKAN STR
Kategori yang layak bagi STR buat setakat ini adalah isi rumah, warga emas tiada pasangan dan bujang.
Penerima STR Fasa 1 ini adalah daripada data BKM 2022. Oleh sebab itu, sekiranya anda bukan penerima sebelum ini dan ingin membuat permohonan baru, dijangkakan permohonan baru bakal dibuka pada masa akan datang.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
Atau anda boleh layari Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Khairul, the insightful writer at www.triviamy.com, is dedicated to providing a comprehensive view of job vacancies and current issues in Malaysia. With a passion for keeping readers informed, Khairul’s articles offer valuable insights into employment opportunities and the latest developments in the country.