Rumah Mesra Rakyat 2.0 – Bantuan Bina Rumah Di Tanah Sendiri

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

Rumah Mesra Rakyat 2.0 – Bantuan Bina Rumah Di Tanah Sendiri

Rumah Mesra Rakyat 2.0 - Bantuan Bina Rumah Di Tanah Sendiri
Rumah Mesra Rakyat 2.0 – Bantuan Bina Rumah Di Tanah Sendiri

Rakyat Malaysia sekarang ini boleh memiliki rumah tanpa perlu membayar loan langsung setiap bulan. Kerajaan Malaysia telah pun melancarkan satu lagi program bantuan perumahan baharu kepada rakyat Malaysia.

Bantuan perumahan tersebut adalah Program Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) yang baru diperkenalkan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) pada bulan April tahun ini.

Ini secara langsung mampu mempercepatkan peluang mereka yang layak memiliki kediaman sendiri dalam tempoh maksimum tiga bulan sahaja.

Apa yang menarik adalah dengan bantuan yang baru diperkenalkan ini adalah tempoh pelaksanaan bantuan program RMR 2.0 akan jauh lebih cepat berbanding dengan RMR 1.0 yang mana para pemohon terpaksa menunggu giliran yang mengambil masa yang lama sehingga bertahun-tahun dan membuat para pemohon ternanti-nanti dan kecewa.

Yang menariknya lagi, ciri-ciri Rumah Mesra Rakyat (RMR) 1.0 dan 2.0 yang baru diperkenalkan oleh kerajaan adalah masih sama dia mana SPNB akan memperuntukkan sebuah rumah yang bernilai RM 75,000 sehingga RM 85,000.

Dengan memfokuskan kepada golongan yang berpendapatan kurang dari RM5,000 sebulan, sebanyak lebih 63,000 buah rumah telah berjaya disiapkan selama tempoh bantuan ini dilaksanakan.

Perbezaan Rumah Mesra Rakyat 1.0 dan 2.0

Bantuan Rumah Mesra Rakyat(RMR) 2.0 diwujudkan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi memiliki tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Bantuan perumahan di atas tanah sendiri ini akan diberikan dalam bentuk subsidi pembinaan sehingga RM20,000 dan pembinaan juga akan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan seperti di bawah.

  1. Namun yang membezakannya, pemohon bantuan RMR 1.0 perlu mencagarkan tanah mereka kepada SPNB untuk pinjaman sebanyak RM55,000 selama 16 tahun, namun kelulusannya perlu mengikut giliran.
  2. Bagi permohonan bantuan RMR 2.0 pula, baki bayaran pembinaan rumah RM55,000 selepas subsidi perlu dibayar secara tunai kepada SPNB, dan pemilik rumah tidak perlu mencagar tanah, selain proses pembinaan jauh lebih cepat kerana tidak perlu menunggu giliran.

Menurut pihak SPNB, walaupun program bantuan RMR 2.0 telah mula dilaksanakan, namun pihaknya tidak mengabaikan pembinaan untuk RMR 1.0 dan ia tetap berjalan seperti biasa.

Penting : Sila semak di sini untuk Bantuan Kehidupan Sejahtera RM300

Ciri-Ciri Rumah Bantuan Rumah Atas Tanah Sendiri

Harga rumah bantuan adalah berbeza mengikut kawasan muqim para pemohon, namun konsep binaannya adalah sama iaitu 1 tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

Namun begitu, jumlah bantuan kewangan tunai yang diberikan oleh kerajaan tetaplah sama iaitu sebanyak RM20,000 setiap rumah.

Harga rumah adalah mengikut bajet para pemohon.

Berikut adalah harga bantuan bina Rumah Mesra Rakyat mengikut negeri :

image 2024 07 30 134117853

Ciri-ciri bantuan bina rumah mesra rakyat
Rumah Mesra Rakyat 2.0 - Bantuan Bina Rumah Di Tanah Sendiri 14

 

Design Luar & Dalam Rumah Mesra Rakyat

 

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Mesra Rakyat

Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan RMR :

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
  • Tapak / tanah bersesuaian dan bebas daripada gadaian / bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan pemilik tanah, pemohoan mestilah mendapat kebenaran pemilik
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 KPS (tertakluk kepada rekabentuk)

 

Cara Membuat Permohonan Rumah Mesra Rakyat

Berikut adalah cara untuk membuat permohonan Rumah Mesra Rakyat :

Secara Online

  • Layari laman web SPNB di https://rmr.spnbonline.com.my/ atau https://spnb.com.my/
  • Klik pendaftaran baru dan isi borang dengan lengkap
  • Setelah itu, ID Login dan kata laluan akan dihantar ke emel yang didaftar
  • Log masuk ke SPNB dengan id dan kata laluan yang diberikan
  • Lengkapkan borang yang dikehendaki
  • Selesai isi borang, klik Selesai Pendaftaran dan Cetak Borang
  • Hantar borang beserta dokumen yang lengkap ke pejabat SPNB atau cawangan SPNB yang berdekatan

image 2024 07 30 134632101

image 2024 07 30 134702725

Secara Borang

  • Borang permohonan boleh didapatkan di Cawangan SPNB dan dihantar kembali kepada SPNB selepas permohonan beserta dokumen sokongan dilengkapkan

 

Dokumen Yang Diperlukan

Para pemohon perlu menyertakan dokumen yang disenaraikan dibawah ketika menghantar borang permohonan Rumah Mesra Rakyat :

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  2. Salinan kad pengenalan tuan tanah
  3. Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
  4. Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang Terbaru.
  5. Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
  6. Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
  7. Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  8. Salinan sijil nikah pemohon
  9. Borang laporan tapak bergambar

Sekiranya pemohon adalah yang bekerja sendiri, anda hendaklah menyertakan juga dokumen berikut :

  • Penyata bank 3 bulan terkini
  • Pendaftaran Perniagaan (SSM)
  • Dokumen sokongan tambahan (jika ada)

NOTA: Surat pengesahan pendapatan / tidak memiliki rumah / memiliku rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu Ketua Kampung / Pegawai Profesional Kelas A SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari masa ke semasa  

Semakan Status Kelulusan Rumah Mesra Rakyat

Maklum balas permohonan akan diberikan dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan hanya akan dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan.

Untuk tempoh pembinaan, tempoh yang diperuntukkan adalah selama 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong dan perjanjian tertakluk kepada terma dan syarat  

Tanggungjawab Pemohon

Pemohon bantuan rumah bertanggungjawab untuk

  1. Mengisi dan melengkapkan borang permohonan
  2. Menyediakan jalan masuk ke tapak dan tapak pembinaan mengikut spesifikasi
  3. Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
  4. Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
  5. Membuat pinjaman kepada bank / institusi kewangan jika perlu

Maklumat Lanjut Mengenai Rumah Mesra Rakyat

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Rumah Mesra Rakyat, anda boleh menghubungi:

IBU PEJABAT

Syarikat Perumahan Negara Berhad Level 1,

Block C, Dataran PHB,

Saujana Resort Seksyen U2,

40150 Shah Alam Selangor Darul Ehsan

Telefon: 03-7849 2000 / 03-7849 2020 (Talian Am) Emel: [email protected]

SENARAI CAWANGAN

  1. Cawangan Kedah No 1, Jalan PPZ 1, Pusat Perniagaan Zamrud, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Telefon: 04-4250 378 Emel: [email protected] En. Ahmad Yamani Bin Zainol

  2. Cawangan Melaka No. 19, Jalan Lagenda 3, Taman 1 Lagenda, 75400 Melaka. Telefon: 06-288 4335 / 06-288 4770 Emel: [email protected] En. Khairul Azhar Bin Abdullah

  3. Cawangan Negeri Sembilan No 19 & 19 A, Jalan Ainsdale 15/3, Bandar Ainsdale, 70200 Seremban, Negeri Sembilan. Telefon: 014-382 4979 Emel: [email protected] En. Mohd Faizal Bin Burhoroldin

  4. Cawangan Terengganu Tingkat 2, Bangunan TD1303, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu. Telefon: 09-625 0076 / 09-625 0067 Emel: [email protected]

  5. Cawangan Perak No. 30-1, Jalan Meru Bestari B5, Medan Meru Bestari, 30020 Ipoh, Perak. Tel: 05-526 4188 / 05-526 3876 / 05-526 5438 / Emel: [email protected] Ir Ahmad Helmi Ahmad Khalil

  6. Cawangan Pahang A-53 – G & 1, Jalan IM 7/18, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang. Tel: 09-573 3222 E-mail: [email protected] En. Ahmad Hanafi Bin Kamaluddin

  7. Cawangan Johor Lot 6 & 7, Tingkat 13, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor. Tel: 07-2259900 / 07-2259911 E-mail: [email protected] En. Khairul Azhar Bin Abdullah

  8. Cawangan Kelantan Lot 635 (Corner Lot), Jalan Hamzah, 15050 Kota Bharu, Kelantan. Tel: 09-740 6546 / 740 6048 E-mail: [email protected] Mejar (B) Ismail Bin Hassan

  9. Cawangan Sarawak Lot 13319, Sublot No 3, Section 65 KTLD, Riveredge Commercial Centre, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub, 93050 Kuching, Sarawak. Tel: 082-230032 / 082-240032 E-mail: [email protected] En. Wan Habeeb Alli bin Wan Yep Mohdzar

  10. Cawangan Sabah Lot B1.3 & B1.6, Tingkat 1, Blok B, Bangunan KWSP. Jalan Karamunsing, 88000 Kota Kinabalu, Sabah. Tel: 088-274 663 / 013-880 8194 E-mail: [email protected] En. Reggie Sua @ Mohd Haffiz bin Abdullah

 

Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan

PERINGATAN :

  1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
  2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.

Leave a Comment