Isi Kandungan
Jadual Penuh Bayaran Fasa Kedua RM200
Dalam usaha Kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan sama ada di peringkat Persekutuan ataupun Negeri.
Salah satunya adalah Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) daripada RISDA. Berikut adalah perincian bantuan.
Ikuti Telegram Rasmi : t.me/pakejbantuankerajaan
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)
BMT adalah bantuan kewangan yang diberikan kepada pekebun kecil / penoreh getah sebagai usaha untuk meringankan beban mereka ketika musim tengkujuh.
Baca Juga :
-
Sumbangan Tunai Rahmah : Permohonan, Semakan & Jumlah Bayaran STR 2023
-
[RASMI] : 17 Pengeluaran KWSP Terkini Yang Dibenarkan (Akaun 1 & Akaun 2)
Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan yang diberikan adalah RM800 berbanding sebelum ini RM600 sahaja. Bantuan ini akan dibayar sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh 4 bulan.
Jadual Bayaran Bantuan RM800
Berikut adalah jadual bayaran bantuan khas ini seperti dibawah :
- Fasa 1 pada bulan Januari 2023 : RM300
- Fasa 2 pada bulan Februari 2023 : RM300
- Fasa 3 pada bulan Mac 2023 : RM200
Nota : Pembayaran bantuan ini akan dikreditkan ke dalam akaun penerima.
Syarat Kelayakan Bantuan
Berikut dikongsikan syarat kelayakan BMT :
Pekebun Kecil RISDA
- Warganegara Malaysia
- Pekebun kecil berdaftar (pemilik pengusaha) dengan RISDA
- Kelausan tanah 0.1 sehingga 2.5 hektar
- Pemilik tanah yang sah
- 1 lot hanya untuk seorang penerima bantuan sahaja
Penoreh Bukan Pemilik
- Warganegara Malaysia
- Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
- Pengesahan pemilik tanah yang sah
- 1 lot hanya untuk seorang penerima bantuan sahaja
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah
Semakan Kelulusan Bantuan Musim Tengkujuh
Pembayaran akan dilaksanakan secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank yang masih aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.
Semakan kelulusan boleh dibuat secara atas talian melalui sistem BMT RISDA
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan mengenai BMT, anda boleh menghubungi pihak RISDA di talian 03-4256 4022
Khairul, the insightful writer at www.triviamy.com, is dedicated to providing a comprehensive view of job vacancies and current issues in Malaysia. With a passion for keeping readers informed, Khairul’s articles offer valuable insights into employment opportunities and the latest developments in the country.