Tidak Mudah Koyak: Kehebatan Psikologi Atlet dalam Sukan Dunia

Kongsi Artikel Ini
Atlet adalah manusia biasa yang perlu memberikan persembahan luar biasa ketika bertanding. Oleh itu, mereka tidak lepas dari tekanan emosi dan harapan. Psikologi sukan adalah salah satu aspek penting yang perlu diberi perhatian oleh atlet semasa fasa persediaan dan pertandingan.
Pakar psikologi sukan membantu atlet dalam aspek kemahiran mental untuk meningkatkan prestasi mereka dalam sukan dan kehidupan harian.
Baru-baru ini, pemain badminton negara ke Sukan Olimpik, Lee Zii Jia mengalami saat genting apabila mengalirkan air mata apabila menang pingat Gangsa.
Hal ini kerana kegembiraan meraihkan kemenangan dan kecekalan untuk tetap tidak menyerah kalah selepas menerima pelbagai tohmahan, malah berjaya memberikan pingat gangsa yang kedua kepada negara.
psikologi
Situasi ini menunjukkan betapa atlet dan pemain tersebut memiliki ‘World Class Mentalility’. Inilah ketahanan mental yang diperlukan bagi seseorang atlet terutamanya buat mereka yang bertanding di peringkat dunia.
Di Dalam artikel kali ini kita akan melihat beberapa faktor psikologi sukan yang perlu dititikberatkan dalam melahirkan atlet yang tidak mudah ‘koyak’.


Isi Kandungan

Faktor-Faktor Dalam Psikologi Sukan

Berikut merupakan faktor-faktor psikologi sukan yang perlu dititikberatkan :

Faktor Psikologi

Faktor psikologi yang sering mempengaruhi prestasi sukan termasuk keyakinan diri, motivasi, pengawalan emosi, dan fokus atlet ketika pertandingan atau latihan. Keupayaan dan kemahiran mengawal situasi adalah elemen penting bagi atlet, terutama yang sedang berdepan tekanan dari peminat, negara, dan cita-cita diri.

psikologi

Kajian oleh Institut Sukan Negara mendapati bahawa kekalahan utama Datuk Lee Chong Wei kepada Lin Dan mungkin disebabkan faktor psikologi sukan. Menyedari kepentingan ini, BAM telah menjalinkan kerjasama dengan Universiti Cyberjaya untuk membolehkan Akademi Badminton Malaysia (ABM) mendapat manfaat daripada kepakaran ahli psikologi universiti tersebut.

Timbalan Presiden BAM, Datuk V. Subramaniam, menyatakan bahawa pemain remaja negara akan menerima bantuan psikologi berterusan dalam pengurusan tekanan dan gaya hidup.

Faktor Fizikal

Terdapat lima faktor fizikal utama yang mempengaruhi prestasi sukan setiap atlet: keadaan tubuh, latihan kemahiran, kekuatan, kelenturan, dan daya tahan. Keaadaan tubuh, yang berkait rapat dengan genetik, berada di luar kawalan atlet dan saintis sukan.

Sebagai contoh, seseorang yang berketinggian 1.7 meter mungkin menghadapi kesukaran bermain dalam liga bola keranjang profesional.




Latihan dan Kemahiran

Latihan kemahiran memerlukan falsafah dan prinsip asas yang ketat. Atlet seperti Lionel Messi dan Roger Federer adalah contoh atlet bertaraf dunia yang menguasai kemahiran sukan mereka.

Latihan kekuatan pula penting untuk mengelakkan kecederaan dan meningkatkan prestasi fizikal atlet. Kelenturan tubuh dapat ditingkatkan melalui regangan dinamik, statik, aktif, dan urutan sukan.

Daya Tahan

Daya tahan adalah kemampuan mengulangi kemahiran sukan tanpa berasa penat. Keupayaan ini boleh dikuasai melalui program persediaan yang sesuai dengan sukan dan situasi sebenar pertandingan. Program persediaan yang betul penting untuk memastikan atlet berada dalam prestasi puncak.

Penguasaan Kognitif

Penguasaan faktor kognitif membantu atlet dalam persembahan kemahiran ke tahap cemerlang. Atlet yang mengalami kecederaan atau masalah prestasi perlu dibantu dengan langkah pencegahan proaktif, seperti menyediakan kumpulan sokongan dan melakukan pemantauan berkala.

Namun, persediaan fizikal, mental, dan rohani adalah kunci untuk mencapai kecemerlangan dalam sukan. Kegagalan harus dijadikan rujukan untuk memperbaiki kekurangan dan terus bersemangat ketika bertanding.


Psikologi Sukan Bantu Atlet

Psikologi sukan memainkan peranan penting dalam membantu atlet mencapai prestasi puncak mereka. Dengan menekankan kepentingan faktor psikologi, fizikal, dan kognitif, atlet boleh mengurus tekanan dan harapan dengan lebih baik.

Melalui latihan berterusan dan strategi yang tepat, mereka mampu mencapai kejayaan cemerlang dalam sukan. Sokongan berterusan dan persediaan menyeluruh adalah kunci kejayaan dalam arena sukan yang kompetitif.

Sumber : Kosmo, Berita Harian, Lobak Merah, AstroAwani

Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan

PERINGATAN :
1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.

Leave a Comment