MUAR – Majlis makan malam Parti MUDA yang berlangsung pada Sabtu dicemari dengan insiden baling botol, mercun oleh sekumpulan lelaki.
Dalam beberapa video berdurasi ringkas yang kini tular di media sosial, sekumpulan lelaki dengan berpakaian jaket serba hitam dan menggunakan pelitup muka berkumpul sambil memekik.
Syed Saddiq dalam kenyataan ringkasnya di Twitter mempersoalkan provokasi melampau yang sering mengganggu program parti itu mutakhir ini.
Beliau dalam pada itu mengucapkan ribuan terima kasih kepada PDRM yang membantu mengawal situasi.
Saya adakan majlis makan malam sahaja.
Kenapa perlu ada provokasi lagi?
Bukan saya buat apa-apa pun.
Bila ahli MUDA tanya, “datang dari mana?”, mereka mula mengganas.
Baling botol, baling mercun, rosakkan kereta tetamu.
Terima kasih banyak-banyak abang PDRM tolong . pic.twitter.com/OOeMm6KmSV
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) October 22, 2022
Malam in ada sekumpulan yang sekali lagi buat provokasi di hadapan ceramah Syed Saddiq di Dewan Yong Sheng, Muar.
Kereta saya malangnya dihempuk mereka sehingga kemek sebegini.
Tolonglah, kalau tak sehaluan, lawan guna hujah.
Jangan bawa budaya politik samseng di Malaysia. https://t.co/8Ju0QTkMHT pic.twitter.com/NOA7pDBIKm
— Lim Wei Jiet (@limweijiet) October 22, 2022