Isi Kandungan
Program Laptop Percuma 2024 – Mohon Sekarang
Dalam era digital yang berkembang pesat, keperluan untuk akses kepada alat dan sumber pendidikan semakin penting. Program laptop percuma untuk 2024/2025 dirancang untuk memberi sokongan kepada para pelajar dalam pencapaian pencapaian akademik mereka dengan menyediakan alat dan bahan pembelajaran yang penting. Artikel ini menjelaskan lagi secara terperinci tentang program laptop percuma, termasuk kriteria kelayakan, langkah-langkah permohonan. Kepada para pelajar, jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Teruskan membaca untuk mendapatkan panduan lengkap yang akan membantu anda memahami lebih lanjut tentang program bantuan pendidikan ini!
Bantuan Laptop Percuma
Yayasan Sarawak telah mengumumkan pembukaan permohonan untuk sesi akademik 2024/2025, yang menyasarkan pelajar Sarawak. Langkah pemberian laptop secara percuma ini menawarkan sebuah laptop dan juga baucar buku untuk membantu pelajar mencapai kejayaan akademik. Program bantuan ini dilaksanakan bertujuan untuk merapatkan jurang digital dan memastikan kekangan kewangan tidak menghalang perkembangan akademik pelajar.
Tarikh Permohonan
Untuk makluman, tarikh permohonan laptop percuma dan baucar buku oleh Yayasan Sarawak ini adalah bermula pada 1 Julai hingga 14 Ogos 2024.
5000 Laptop Percuma Kepada Pelajar
“Komputer riba percuma ini akan diberikan kepada pelajar Sarawak yang telah berjaya mendaftar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) bagi isi rumah berpendapatan perkapita RM1,500 sebulan dan ke bawah. “Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada 5,000 pelajar dengan peruntukan RM15 juta dalam bajet kali ini. “Inisiatif ini diberikan bagi memperkasakan pelajar kita dengan teknologi yang mereka perlukan untuk cemerlang dalam bidang akademik masing-masing,” katanya. Selain itu, Abang Johari berkata, Kerajaan Sarawak turut akan memberi baucar buku RM500 kepada 35,000 pelajar universiti dan kolej Sarawak daripada isi rumah berpendapatan perkapita RM1,500 sebulan dan ke bawah. “Sejumlah RM17.5 juta akan diperuntukkan untuk tujuan ini tahun depan, yang akan diuruskan oleh Yayasan Sarawak,” katanya. Sumber : Utusan Borneo
Cara Membuat Permohonan Laptop Percuma 2024
Permohonan boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://myys.yayasansarawak.org.my
- Daftar dan login menggunakan Sarawak ID
- Isikan butiran anda pada borang permohonan
- Muat turun Surat Pengesahan dan pastikan ia ditandatangani oleh pihak institusi anda
- Hantar Surat Pengesahan anda
- Lengkapkan dan hantar borang permohonan anda
- Semak status permohonan anda (e-mel juga akan dihantar kepada pemohon)
- Sekiranya permohonan anda diluluskan, sila muat turun aplikasi My-Yayasan Customer App dan kemaskini alamat anda.
- Laptop percuma akan dihantar ke alamat anda dalam tempoh 8-10 minggu selepas kelulusan.
Berikut adalah panduan secara bergambar agar pembaca lebih mudah memahami cara-cara memohon :
SYARAT PERMOHONAN LAPTOP PERCUMA
- Pelajar merupakan anak kelahiran Sarawak
- Diploma Tahun Pertama & Ijazah Sarjana Muda di IPTA & IPTS seluruh Malaysia
- Pendapatan isi rumah RM1500 dan ke bawah
Cara Mohon Bantuan Buku Percuma
- Layari laman web https://myys.yayasansarawak.org.my
- Daftar dan login menggunakan Sarawak ID
- Isikan butiran anda pada borang permohonan
- Muat turun Surat Pengesahan dan pastikan ia ditandatangani oleh pihak institusi anda
- Hantar Surat Pengesahan anda
- Lengkapkan dan hantar borang permohonan anda
- Semak status permohonan anda (e-mel juga akan dihantar kepada pemohon)
- Sekiranya permohonan anda diluluskan, anda akan mendapat akses RM500 kredit percuma dalam wonderbuuk.com
- Anda boleh membuat pembelian buku dan e-buku menggunakan baucar buku ini.
Syarat Mohon Bantuan Buku Percuma
- Pelajar merupakan anak kelahiran Sarawak
- Peringkat Asasi hingga PhD di IPTA & IPTS seluruh Malaysia layak memohon
- Pendapatan isi rumah RM1500 dan ke bawah
Penting : Sila semak di sini untuk Bantuan Kehidupan Sejahtera RM300
Berikut adalah cara mohon buku dalam bentuk gambar agar pembaca lebih mudah faham :
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lebih lanjut :
- Anda boleh rujuk laman web https://myys.yayasansarawak.org.my/
- Atau rujuk Facebook rasmi https://www.facebook.com/sarawak.foundation
Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan
PERINGATAN :
- PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
- PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.