Podcast KS : Sarawak Berjaya, Malaysia Berjaya – Premier Sarawak

Kongsi Artikel Ini

Lebih mesra dengan panggilan Abang Jo, Premier Sarawak itu menjawat jawatannya bermula tahun 2017. Nama sebenar beliau adalah  Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, atau lebih dikenali sebagai Abang Jo .

Baru-baru ini beliau telah dijemput ke satu acara podcast khas ‘Keluar Sekejap’ yang terkenal dengan perbincangan sihat dalam pelbagai aspek kehidupan.



Podcast ini dikendalikan oleh Khairy Jamaludin, mantan Menteri Belia dan Sukan dan Menteri Kesihatan Malaysia sebelum ini. Beliau ditemani dengan rakan penyampai iaitu Sharil Hamdan seorang ahli politik di Malaysia.

Dalam episod kali ini, mereka menjemput tetamu yang istimewa iaitu Abang Jo, Premier Sarawak. Pelbagai perkara menarik telah dibincangkan. Artikel kali ini, kita akan melihat latar belakang Abang Jo dan beberapa pandangan mengenai beliau pada program podcast yang diterbitkan.

Baca Juga : 5 Konsert Hangat Bakal Diadakan Di Malaysia (Julai – Ogos -September)

Latar Belakang dan Keluarga

premier sarawak

Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, atau lebih dikenali sebagai Abang Jo, dilantik sebagai Premier Sarawak Keenam pada 13 Januari 2017.

Anak bongsu kepada Gabenor pertama Sarawak, Allahyarham Tun Datuk Abang Haji Openg bin Abang Sapiee, beliau dilahirkan di Limbang, Sarawak pada 4 Ogos 1950.

Pendidikan awalnya di Sekolah Rendah Merpati Jepang dan Sekolah St. Joseph di Kuching, sebelum memperoleh Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Brunnel University di United Kingdom.




Kerjaya Politik Awal

Kerjaya politik Abang Jo bermula pada tahun 1977 sebagai ketua belia Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). Pada tahun 1981, beliau memenangi kerusi Satok dan dipilih ke Dewan Undangan Negeri.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak pada tahun 1982 dan Penolong Menteri Pembangunan Wilayah dan Komuniti pada tahun 1983.

Pada tahun 1987, selepas memenangi semula kerusi Satok, beliau dinaikkan pangkat sebagai Menteri Pembangunan Perindustrian. Pada tahun 2000, beliau dilantik sebagai Menteri Pelancongan, kemudian sebagai Menteri Perumahan pada tahun 2004, dan pada tahun 2009 sebagai Menteri Perumahan dan Perbandaran.

Selepas pilihan raya negeri 2011, beliau dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan. Pada tahun 2016, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri, memegang portfolio Menteri Perumahan dan Perbandaran serta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

Beliau kini memegang portfolio Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu, Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar, serta Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar. Pentadbiran beliau menumpukan pada pembangunan teknologi hijau tanpa pelepasan, terutamanya Hidrogen Hijau.

Pada tahun 2017, beliau membentuk Majlis Penyelidikan untuk mengawasi pelbagai sektor dalam aplikasi hidrogen bagi mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil dan mengurangkan jejak karbon Sarawak.

Isi Kandungan

Podcast ‘Keluar Sekejap’ Bersama Premier Sarawak

Premier sarawak

Dalam podcast “Keluar Sekejap” oleh Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan, Abang Jo dapat digambarkan sebagai pemimpin yang berpengetahuan luas. Hal ini dapat dilihat dengan pemahaman mendalam beliau tentang isu-isu dalam dan luar negara seperti air, hidrogen, empangan, dan tenaga boleh diperbaharui.

Selain itu, beliau juga mampu memperincikan setiap isu dengan baik, menunjukkan kebolehannya dalam menyelesaikan masalah kompleks. Abang Jo juga mempunyai visi yang jelas untuk memajukan Sarawak, termasuk inisiatif pendidikan percuma untuk anak-anak Sarawak, dan berfikir jauh ke hadapan untuk memastikan Sarawak tidak bergantung kepada sumber luar, sebaliknya menjana pendapatan sendiri.

Beliau menekankan kepentingan perpaduan dan kestabilan politik, yakin dengan perancangan politiknya seperti GPS yang akan bertanding di semua kerusi dalam pilihan raya negeri akan datang, dan turut menerima pandangan dari komponen parti lain di Sarawak, menunjukkan pendekatan inklusif dalam kepimpinannya.

Visi Yang Jelas Premier Sarawak

Sebagai Premier Sarawak, Abang Jo telah menunjukkan keyakinan dan keupayaan dalam merancang dan melaksanakan strategi pembangunan yang mampan.

Dengan keyakinan yang tinggi terhadap perancangan politiknya, beliau terus memimpin dengan visi yang jelas dan teguh, menginspirasi dan memotivasikan rakyat serta pemimpin lain untuk bersama-sama mencapai matlamat pembangunan yang diimpikan.

Rujukan : Podcast Keluar Sekejap, Official Website For Premier Sarawak, Wikipedia

Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan

PERINGATAN :
1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.

Leave a Comment