Ewallet RM300 – Permohonan Baru Kini Dibuka

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

Ewallet RM300 – Permohonan Baru Kini Dibuka

image 2024 07 11 135240592

Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kebajikan Masyarakat kini membuka permohonan baharu bagi program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) 2024 dengan peruntukan sebanyak RM108 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat negeri, Anfaal Saari berkata kerajaan mensasarkan 30,000 penerima sekali gus menjadikan BINGKAS antara program bantuan kewangan terbesar berbanding negeri-negeri lain.

Bagi tahun tahun ini, kerajaan negeri menambah baik pelaksanaan BINGKAS dengan memperluas syarat pendapatan bulanan isi rumah kepada RM5,000 dan ke bawah berbanding RM3,000 sebelum ini.

Mari ikuti panduan lengkap, syarat serta dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan bantuan Ewallet RM300 ini di bawah.

image 2024 07 11 143515717

Program Bantuan Ewallet RM300 Bingkas

Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan satu bentuk bantuan kewangan yang diberi nama Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) sebagai satu usaha untuk memberikan sokongan kewangan kepada keluarga-keluarga yang terkesan dari tekanan ekonomi pasca-pandemik.

Bantuan Ewallet RM300 ini dapat memberi sekongon kewangan kepada 30,000 keluarga dengan RM300 sebulan untuk keperluan asas dan alat pendidikan.

Secara mudahnya, BINGKAS dilaksanakan dengan tujuan meningkatkan kestabilan kewangan, mengurangkan cabaran ekonomi, dan memperkukuh keharmonian keluarga serta kemakmuran di Selangor.

TRENDING MINGGU INI ======== 5 Tanda Sakit Jantung di Kalangan Golongan Muda Bantuan Skim Rebat Motorsikal RM2,400

Manfaat dari Bantuan BINGKAS Ewallet RM300

Bantuan ini akan memberi kemudahan kepada para penerima yang layak. Antara manfaat tersebut ialah :

  1. Ewallet BINGKAS akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik
  2. Had bulanan pembelian barangan keperluan asas sebanyak RM300
  3. Urusniaga pembelian secara tanpa tunai
  4. EWallet RM300 BINGKAS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar
Ewallet RM300 - Permohonan Baru Kini Dibuka
Ewallet RM300 – Permohonan Baru Kini Dibuka

Syarat Kelayakan Bantuan Ewallet RM300 BINGKAS

Syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan untuk kelayakan bagi permohonan bantuan Bingkas ini telah diperbaharui seperti berikut:

    1. Warganegara Malaysia
    2. Keluarga yang mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) orang tanggungan berumur 18 tahun dan ke bawah
    3. Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM5,000
    4. Pengundi berdaftar
    5. Lahir di negeri Selangor atau menetap melebihi 10 tahun di Selangor

Cara Memohon Bantuan Ewallet BINGKAS

Permohonan baru telah pun dibuka bermula awal bulan Julai 2024 sehingga 15 Ogos 2024. Berikut merupakan cara membuat permohonan BINGKAS 2024 :

  1. Sila layari laman rasmi BINGKAS di https://www.bingkasselangor.com
  2. Kemudian klik pada butang ‘Daftar Sekarang’ seperti yang tertera di bawah image 2024 07 11 141013871
  3. Masukkan nombor telefon anda untuk pendaftaran BINGKAS
    image 2024 07 11 141121361
  4. Kemudian klik pada butang ‘Buat Permohonan’
    image 2024 07 11 141301529
  5. Sila lengkapkan butiran peribadi anda dengan tepat dan lengkap
    image 2024 07 11 141354729
  6. Setelah selesai mengisi butiran, tekan ‘Hantar’
    image 2024 07 11 141509129
  7. Pendaftaran selesai. Sila tunggu untuk pemohonan anda selesai diproses oleh pihak kerajaan.

Dokumen Lampiran Yang Diperlukan Untuk Proses Permohonan BINGKAS

Sila pastikan anda telah sediakan semua dokumen-dokumen berikut untuk dilampirkan dengan permohonan anda sebelum membuat permohonan :

  1. Salinan kad pengenalan(IC) pemohonan dan/atau pasangan
  2. Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Surat Hak Jagaan (Anak-anak / Tanggungan)
  3. Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
  4. Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
  5. Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
  6. Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)

Senarai Barangan Bantuan Ewallet RM300 BINGKAS

Berikut adalah jenis barangan yang tersenarai di bawah diluluskan untuk pembelian menerusi program BINGKAS :

  1. Beras
  2. Mi dan Bihun
  3. Roti
  4. Biskut
  5. Telur
  6. Gula
  7. Garam
  8. Rempah ratus
  9. Sos
  10. Kicap
  11. Tepung
  12. Minyak masak
  13. Ubat-ubatan
  14. Sayur-sayuran
  15. Buah-buahan
  16. Daging ayam
  17. Daging lembu
  18. Daging ikan
  19. Daging kambing
  20. Sabun & Kelengkapan mandi
  21. Bahan pencuci pakaian
  22. Lampin pakai buang(dewasa & kanak-kanak)
  23. Produk tenusu – susu pekat, susu sejat, susu segar, susu tepung
  24. Kelengkapan persekolahan
  25. Keperluan pendidikan(buku ilmiah, buku latihan)

image 2024 07 11 143339734

Info tambahan

Pendaftaran permohonan juga boleh dilakukan melalui aplikasi SELANGKAH yang boleh dimuat turun di App Store atau Play Store. Sebarang maklumat lanjut boleh diajukan ke talian khas Selcare – 1 800 22 6600 atau melalui emel [email protected].

Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan

PERINGATAN :

  1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
  2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.

Leave a Comment