Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) Tahun 2023 Kini Dibuka

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

Bantuan Sara Hidup

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan khas telah diperkenalkan oleh Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.



Antaranya adalah Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM300 sebulan diberikan oleh Kerajaan kepada rakyat Malaysia yang layak.

Berikut adalah penjelasan lanjut mengenai bantuan ini :

Bantuan Sara Hidup (BSH)

Bantuan Sara Hidup (BSH) adalah bantuan kewangan bulanan yang diberi kepada Veteran ATM yang bertujuan untuk meringankan beban sara hidup harian.

Setiap permohonan yang diluluskan akan berkuatkuasa selama tiga (3) tahun dari bulan pertama pembayaran pertama dibuat. Permohonan akan dinilai semula dalam tempoh tiga (3) tahun tersebut untuk memastikan sama ada Veteran ATM atau penerima BSH itu masih layak diteruskan bayaran atau sebaliknya.




Veteran ATM boleh mengemukakan permohonan untuk melanjutkan bayaran BSH sekurang-kurangnya enam (6) bulan sebelum tamat tempoh tiga (3) tahun itu.

Baca Juga :

Syarat-Syarat Kelayakan Bantuan Sara Hidup

  • Veteran ATM
  • Had umur yang layak mendapat pertimbangan BSH ialah 60 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  • Tidak dibuang kerja di bawah kes tatatertib
  • Janda yang berkahwin semula tidak layak
  • Anak-anak yatim mestilah berumur kurang daripada 18 tahun dan bawah 21 tahun jika masih belajar. Jika hilang upaya kekal, tiada syarat had umur;
  • Faktor kesihatan atau penyakit yang menghalang pekerjaan (dengan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan), bilangan anak yang bersekolah atau melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi juga boleh dipertimbangkan untuk pemberian BSH


Bagaimana Untuk Memohon?

  • Muat turun dan lengkapkan borang berikut:
    Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV.BK.2019
  • Borang permohonan hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya. Semua keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar. Pemohon bertanggungjawab atas segala maklumat yang diberikan.
  • Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran.
  • Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan oleh Jawatankuasa Kebajikan dan Kemudahan Perubatan (JKKP).
  • Semakan status permohonan boleh dibuat di :
    Sistem Semakan Permohonan Kebajikan JHEV (KLIK SINI)




Bantuan Sara Hidup

Bantuan Sara Hidup




Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih lengkap tentang bantuan ini, sila rujuk Portal Rasmi JHEV – DI SINI

  • Kakitangan JHEV di Ibu Pejabat dan Cawangan Negeri boleh membantu anda atau
  • Hubungi  di talian 03-2050 8000


Leave a Comment