Cara Buat Permohonan Bantuan JKM Online : Bantuan BKK RM1,000

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

Cara Buat Permohonan Bantuan JKM Online : Bantuan BKK RM1,000

Permohonan Bantuan JKM Online : Bantuan BKK RM1,000
Permohonan Bantuan JKM Online : Bantuan BKK RM1,000

Untuk pengetahuan anda, bermula tahun 2021 lagi sehinggalah sekarang tahun 2024, Bantuan Kanak Kanak JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) tetap diteruskan oleh kerajaan.

Bergantung pada beberapa kriteria, kanak-kanak yang layak boleh memperoleh bantuan sebanyak RM150 sebulan (minimum) sehingga RM1000 sebulan (maksimum).

Bantuan JKM Kepada Kanak-Kanak

Bantuan Kanak Kanak (BKK) adalah sebuah bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi keluarga/penjaga kepada anak/kanak-kanak atau membantu anak/kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga bertujuan untuk terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.

Bantuan ini diberikan adalah dengan tujuan membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

Kadar Bantuan Kanak-Kanak(BKK)

Kadar bagi Bantuan Kanak-Kanak(BKK) ialah minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan sekeluarga mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Berikut adalah syarat dan jumlah wang bantuan yang layak mengikut kategori :

  1. RM 200 : Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah
  2. RM 150 : Kanak-kanak berumur 7 tahun hingga 18 tahun
  3. RM1,000 : Maksimum untuk keluarga

 

image 2024 06 25 151548035
Cara Buat Permohonan Bantuan JKM Online : Bantuan BKK RM1,000

Syarat Kelayakan Bantuan JKM Bantuan Kanak-kanak(BKK)

Berikut merupakan syarat layak mendapat Bantuan JKM Bantuan Kanak-Kanak  :

  1. Merupakan seorang warganegara dan bermastautin di Malaysia
  2. Keluarga/penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  3. Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah
  4. Remaja berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas
  5. Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 – Jadual Kesembilan Senarai Perundangan

image 2024 06 25 160000853

 

Cara Buat Permohonan Bantuan JKM Online : Bantuan BKK RM1,000

Berikut merupakan cara buat membuat permohonan bantuan JKM online untuk Bantuan Kanak-Kanak(BKK) :

  1. Pergi ke laman web rasmi JKM atau terus ke pautan ini : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/
  2. Sila klik pada menu Daftar Permohonan Atas Talian.
  3. Di halaman seterusnya, pilih Negeri dan isikan Nombor Kad Pengenalan.
  4. Tekan butang Daftar.
  5. Isikan makluman lain yang berkaitan.
  6. Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian.
  7. Penting : Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

Cara membuat permohonan bantuan JKM secara manual(Pejabat). Ini caranya :

  • Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara
    1. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan
    2. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak
  • Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:
    1. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
    2. Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama
    3. Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama
    4. Salinan penyata gaji (jika ada)
    5. Lain-lain dokumen yang berkaitan

BACA JUGA ======== Cara Semak Saman Polis/JPJ Secara Online 2024

  1. Pemohon boleh melengkapkan borang berikut:

Untuk pengetahuan anda, pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

image 2024 06 25 155511871
Cara Buat Permohonan Bantuan JKM Online : Bantuan BKK RM1,000

Maklumat Lanjut Mengenai Cara Buat Permohonan Bantuan JKM Online

  1. Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi JKM 
  2. TELEFON : +603-8000-8000

  3. E-MEL ke : [email protected]

Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan

PERINGATAN :

  1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
  2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.

Leave a Comment