Isi Kandungan
5 Sebab Kenapa Perlu Daftar PADU
Sistem PADU merupakan singkatan kepada Pangkalan Data Utama. Sistem ini diperkenalkan sejak 2 Januari 2024 ini oleh kerajaan Malaysia melalui Kementerian Ekonomi. Sistem ini diwujudkan bagi mengelakkan pertidihan maklumat antara agensi kerajaan seterusnya memudahkan urusan di pejabat yang melibatkan agensi yang menggunapakai sistem PADU ini.
Apa Itu Sistem PADU?
PADU adalah satu tempat menyimpan data rakyat Malaysia yang merangkumi seorang individu dan isi rumah yang berumur 18 tahun ke atas dan berstatus warganegara atau pemastautin tetap di Malaysia.
Kerajaan akan mengemaskini data yang telah dikumpul tersebut secara berkala untuk urusan pentadbiran dari pelbagai sumber seperti sebuah ekosistem. Pelbagai agensi kerajaan dapat menggunakan data individu yang tersimpan untuk membuat polisi baharu seperti bantuan kewangan, perumahan dan subsidi dengan lebih tepat dan efektif tanpa kerisauan tentang keciciran dan juga pertindihan.
Dengan adanya sistem PADU ini, rakyat diberi ruang untu menyemak dan mengubah data mereka sendiri dari semasa ke semasa.
Senarai Agensi Kerajaan Yang Terlibat Untuk Sistem PADU
- Kementerian Ekonomi
- Jabatan Perangkaan Malaysia
- Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia
- Jabatan Akauntan Malaysia
- Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA)
- Kementerian Pengangkutan Malaysia
- Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM)
- Kementerian Pendidikan Tinggi(KPT)
- Kumpulan Wang Persaraan(KWAP)
- Pertubuhan Keselamatan Sosial(PERKESO)
- Telekom Malaysia(TM)
- Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM)
BACA JUGA : KENALI AMIR JAHARI, PEMENANG AJL 38
Kenapa Perlu Daftar PADU?
1.Mengelak Keciciran Bantuan
Data yang didaftarkan dalam sistem ini dapat menyediakan pangkalan data utama negara yang lebih tepat. Kerajaan dapat merangka serta merancang perbelanjaan negara khususnya untuk bantuan kepada rakyat.
“Dalam semua kajian menyatakan tidak sampai sepenuhnya (bantuan subsidi) kepada kumpulan sasar” – Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim
“Pengemaskinian maklumat isi rumah itu penting bagi memudahkan penyaluran bantuan yang dirancang kerajaan pada masa akan datang.” – Pengarah Jabatan Perangkaan Selangor Hartini Yaacob
2.Tidak Perlu Daftar di Pelbagai Agensi Kerajaan
Seperti keadaan yang sekarang, setiap bantuan yang diumumkan kerajaan memerlukan setiap rakyat Malaysia untuk mendaftar berkali-kali walaupun sebelum ini sudah pun mendaftar maklumat diri. Dengan pengenalan sistem ini, rakyat hanya perlu mendaftarkan maklumat peribadi sekali sahaja. Dan sekiranya berlaku perubahan, rakyat masih boleh membuat pengemaskinian maklumat yang terbaru secara online.
3. Layak Menerima Bantuan Bukan Kerana Gaji Semata
Sebelum pengenalan sistem ini, bantuan kerajaan yang diagihkan kepada rakyat hanya melihat kepada pendapatan semata-mata namun dengan adanya sistem PADU, kerajaan akan melihat keseluruhan maklumat sosio-ekonomi isi rumah seperti bilangan tanggungan dan lain-lain lagi.
Ini bermakna bukan golongan B40 sahaja yang layak menerima bantuan dan subsidi dari kerajaan, tapi M40 dan T20 yang mempunyai tanggungan tinggi juga bakal menerima bantuan sekiranya layak.
4. PADU Mampu Elak Ketirisan dalam Pemberian Subsidi & Bantuan
Berikut merupakan ucapan Perdana Menteri mengenai sistem PADU sebagai langkah untuk mengelak ketirisan dalam menyalurkan bantuan kerajaan kepada rakyat Malaysia.
5. Bukan Sekadar Untuk Penyaluran Bantuan
Dengan penglibatan pelbagai agensi kerajaan dengan sistem PADU ini, kerajaan bukan sahaja dapat merangka dan melaksakan polisi untuk membantu rakyat dari segi keperluan ekonomi malah lebih lagi. Seperti pembangunan dari segi sistem pendidikan juga dapat diperbaiki menjadikan generasi muda Malaysia dapat bergerak lebih maju ke hadapan.
“Sistem pendidikan akan ditambah baik, sistem kesihatan boleh ditambah baik dan akan digunakan secara kolektif oleh orang ramai termasuk golongan T20 dan M40,” – Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin
Daftar PADU sekarang!
Untuk makluman rakyat Malaysia, pendaftaran sistem ini akan ditutup pada 31 Mac 2024. Sila daftar sekarang. Pendaftaran boleh dibuat melalui telefon pintar anda, dan hanya memerlukan 10 minit sahaja. Daftar di sini
Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan
PERINGATAN :
1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.