Cara Semak Nombor Ahli KWSP Secara Online – No IC

Kongsi Artikel Ini

Cara Semak Nombor Ahli KWSP Secara Online – No IC

Cara Semak Nombor Ahli KWSP Secara Online – No IC. Bagaimanakah cara untuk membuat semakan nombor ahli KWSP? Nombor ahli KWSP ini adalah penting untuk kita membuat sebarang permohonan yang berkaitan dengan urusan di KWSP. Sebagai contoh, semakan baki akaun, semakan caruman majikan, atau lain-lain yang melibatkan hal kewangan seperti membuat pinjaman.

Di sini kami kongsikan kepada anda semua langkah-langkah membuat semakan nombor ahli KWSP secara online atau manual.

 

Isi Kandungan

APAKAH ITU KWSP?

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ataupun lebih dikenali dengan (KWSP) adalah tabung simpanan persaraan untuk tenaga kerja Malaysia. Ianya adalah selaras dengan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991.

KWSP ditubuhkan pada 1951 dan terus kekal relevan hingga ke hari ini. Di harapkan KWSP akan sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang bagi menjamin persaraan yang lebih baik dengan melindungi dan meningkatkan simpanan persaraan tenaga kerja di Malaysia.

 

CARA SEMAK NOMBOR AHLI KWSP

Terdapat beberapa cara untuk membuat semakan nombor ahli KWSP. Antaranya ialah:

  1.  Semak No KWSP Secara Online

Untuk membuat semakan KWSP menggunakan IC iaitu secara online, anda perlu terlebih dahulu mendaftar ke i-Akaun yang disediakan oleh KWSP.

Dengan mendaftar di i-Akaun tersebut, ahli tersebut boleh mengakses akaun KWSP dan boleh mula menyemak nombor ahli, membuat semakan baki Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP, atau lain-lain urusan di mana pun mereka berada.

Untuk makluman anda, jika anda merupakan pengguna kali pertama i-Akaun, anda terlebih dahulu perlu mendapatkan ID pengguna dan Kata laluan.

Namun harus diingat, perkhidmatan kaunter di cawangan-cawangan KWSP terdekat perlu melalui Janji Temu Online terlebih dahulu.

Jika waktu PKP ini sukar untuk ke kaunter, ahli juga mempunyai pilihan untuk menghubungi terus Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian (03-89226000) dari Isnin hingga Jumaat, bermula jam 8.00 pagi hingga jam 6.00 petang (Office hours) untuk mendapatkan kata laluan sementara.

Dengan kata laluan sementara ini, anda boleh mendaftar i-Akaun secara View Mode sahaja untuk membuat semakan baki dan nombor ahli KWSP.

i Akaun KWSP

2. Nombor KWSP ahli boleh disemak melalui kios KWSP dengan cap jari.

  • Ahli boleh mengunjungi mana-mana Kios KWSP untuk mendapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara yang di hantar melalui SMS.
  • Setelah itu, anda sudah boleh mendaftarkan i-Akaun dan terus menggunakan kemudahan KWSP secara online sepenuhnya.

3. Semak No Ahli KWSP melalui Telefon 

  • Dengan perkhidmatan telefon pula, anda juga boleh membuat semakan nombor ahli.
  • Sila berhubung terus di talian: 03 – 8922 6000
  • Masa Operasi: Isnin – Jumaat, 8.00 Pagi sehingga 5.00 Petang
    (Kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan AM Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor)

kios kwsp

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan perkhidmatan KWSP dan cawangan yang dibuka dalam tempoh PKP ini, anda boleh merujuk laman web KWSP di pautan berikut: https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks

 

Leave a Comment