Isi Kandungan
Naik Taraf Lesen B2, B1 ke B Full Tanpa Perlu Ambil Lesen Baru – Ini Syaratnya
Mulai 1 Oktober nanti, pemegang lesen memandu Malaysia (LLM) kelas B2 dan B1 di Malaysia sudah boleh menaik taraf lesen mereka ke kelas B Penuh.
Ini bermakna mereka yang mempunyai lesen B2 dan B1 boleh menunggang motosikal yang lebih besar dan lebih berkuasa.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menjelaskan bahawa sebelum dapat beralih ke lesen B Penuh, pemegang lesen perlu mengikuti satu program khas yang ditetapkan oleh kementerian.
Program ini bertujuan untuk memastikan semua penunggang motosikal mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi.
Selain itu, pemegang lesen B1 dan B2 juga perlu memenuhi beberapa syarat sebelum boleh menyertai program tersebut.
Syarat-syarat ini penting kerana ia memastikan keselamatan penunggang dan pengguna jalan raya lain.
Dengan adanya program ini, kerajaan mengharapkan lebih ramai penunggang motosikal dapat mematuhi peraturan dan meminimumkan kemalangan di jalan raya.
Jadi, bagi anda yang ingin menaik taraf lesen, pastikan anda bersedia dan memenuhi semua syarat yang ditetapkan.
Jangan lupa untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai program ini agar tidak terlepas peluang!
Ingat, keselamatan adalah yang paling utama ketika memandu motosikal.
Jadi, persiapkan diri anda dengan baik sebelum mengambil langkah seterusnya!
Syarat-syarat naik taraf lesen B2, B1 ke B Full adalah seperti berikut:
Jika anda nak naik taraf dari lesen B2 atau B1 ke B Full, ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi:
- Tempoh Lesen: Pemohon mesti sudah ada lesen B2 atau B1 selama 10 tahun. Ini untuk pastikan anda memang berpengalaman dalam menunggang motosikal.
- Rekod Bersih: Pemohon perlu bebas dari sebarang masalah seperti senarai hitam, saman yang belum dibayar, atau rekod jenayah berat. Ini penting untuk keselamatan semua pengguna jalan raya.
- Kesihatan: Pemohon perlu mengesahkan yang kau sihat dari segi fizikal dan mental. Ini boleh dibuat dengan mengisi borang yang menyatakan sihat.
- Hadiri Program: Pemohon wajib hadir dan lulus program peralihan untuk belajar menunggang motosikal berkuasa tinggi, iaitu 500cc ke atas. Program ini diadakan di institut memandu.
- Latihan Amali: Dalam program itu, pemohon akan belajar tentang keselamatan dan cara bawak motosikal besar. Latihan amali akan berlangsung selama 2 jam.
- Penilaian: Setelah pemohon selesai semua proses ini, kelayakan pemohon untuk tukar lesen akan ditentukan oleh Pegawai Terlatih Bertauliah dari JPJ.
Pastikan para pemohon memenhui semua syarat ini sebelum cuba untuk menaik taraf lesen b2/b1.
TRENDING : Diskaun Saman PDRM 50% Bulan Ogos Ini
Bayaran untuk Program Khas
Sekiranya anda ingin menyertai program khas untuk naik taraf lesen ini, anda perlulah membuat pembayaran sebanyak RM160 termasuk RM10 kepada pihak JPJ.
Sekiranya anda gagal dalam menjalani latihan amali yang selama 2 jam, anda perlu ambil semula latihan tu dan bayar RM160 lagi.
Jadi, pastikan para pemohon betul-betul fokus semasa latihan!
Selain tu, ketika ambil ujian amali, anda hanya boleh buat sekali dalam sehari.
Sekiranya anda gagal, kena tunggu hari lain untuk ulang ujian tersebut. Ini bermakna para pemohon kena bersiap sedia dan berlatih dengan baik sebelum pergi menjalani ujian.
Ingat, setiap kali anda mengulang, bayaran tetap RM160.
Oleh itu, berlatihlah dengan tekun supaya lulus ujian dan dapat naik taraf lesen dengan mudah.
Langkah Keselamatan Ketika Menunggang Motosikal
Menunggang motosikal memerlukan perhatian dan keselamatan yang tinggi. Berikut adalah beberapa langkah keselamatan yang perlu diambil:
- Pakai Helmet: Sentiasa pakai helmet yang betul dan sesuai. Ini melindungi kepala jika berlaku kemalangan.
- Pakaian Perlindungan: Gunakan jaket, sarung tangan, dan kasut yang sesuai. Pakaian ini dapat melindungi tubuh dari kecederaan.
- Periksa Motosikal: Sebelum menunggang, pastikan motosikal dalam keadaan baik. Periksa brek, tayar, dan lampu.
- Fokus dan Berhati-hati: Sentiasa fokus pada jalan dan persekitaran. Elakkan gangguan seperti telefon bimbit.
- Jaga Jarak Selamat: Pastikan jarak yang cukup dengan kenderaan lain. Ini memberi masa untuk bertindak jika perlu.
- Ikut Peraturan Jalan Raya: Selalu patuhi lampu isyarat dan tanda jalan. Ini penting untuk keselamatan diri dan orang lain.
Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan
PERINGATAN :
- PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
- PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.