Isi Kandungan
Kerajaan tawar 4,000 lesen PSV secara PERCUMA kepada golongan B40 – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook
Bersama peruntukan bernilai RM2 juta, golongan B40 kini dapat meraih manfaat miliki Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) secara percuma menerusi program MyPSV.
Di bawah tawaran ini, sejumlah 3,500 lesen melibatkan pemohon lesen PSV bagi khidmat seru-pandu dan teksi. Sementara 500 lagi lesen PSV pula tersedia melibatkan khidmat bas di seluruh negara.
Makluman Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) pada sidang Program MyPSV hari ini menjelaskan usaha tersebut akan membantu B40 meringankan kos bagi keperluan lesen PSV.
Untuk pengetahuan semua, bagi memiliki lesen PSV bas, pengguna perlu menanggung kos sekitar RM2,590.
Maka melalui tawaran tersebut, ini akan membuka peluang kepada golongan B40 untuk meneroka pekerjaan yang lebih luas dalam sektor pengangkutan khususnya melibatkan khidmat bas yang ketika ini berdepan kekurangan petugas.
Tidak hanya itu, MOT turut berpendapat usaha ini tidak hanya membantu B40 tetapi meningkatkan lagi kerancakkan arena perkhidmatan dalam membantu sektor pelancongan negara kembali memulih.
Pengenalan Program MyPSV 2023
Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan melaksanakan Program MyPSV Tahun 2023.
Program ini adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa 4,000 orang penerima yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19 bagi mendapatkan Lesen Vokasional Malaysia bagi Kelas Kenderaan Perkhidmatan Awam (Public Service Vehicle – PSV).
Program ini adalah dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan bagi pengambilan Lesen Memandu Kompeten (Competent Driving License – CDL) kelas E dan juga Lesen PSV E-Hailing/ Teksi; atau PSV Bas BTM > 7,500kg tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
Permohonan MyPSV 2023 – Lesen PSV Percuma Untuk B40
INDIVIDU TERJEJAS AKIBAT PENULARAN WABAK PANDEMIK COVID-19 UNTUK MEMPEROLEHI LESEN VOKASIONAL BAGI KELAS KENDERAAN PERKHIDMATAN AWAM [E-HAILING/ TEKSI/ BAS]
PENDAFTARAN TERHAD KEPADA PERMOHONAN YANG TERAWAL
KUOTA 4,000 PESERTA :
- 500 PESERTA PSV BAS
- 3,500 PESERTA PSV E-HAILING/TEKSI
SYARAT PENYERTAAN :
- WARGANEGARA
- BERUMUR 21 TAHUN DAN KE ATAS
- LULUS PEMERIKSAAN KESIHATAN (JPJL8A)
- BEBAS SENARAI HITAM MAHKAMAH, JPJ & PDRM
- PEMOHON PSV (E-HAILING/TEKSI) PERLU MEMILIKI LESEN MEMANDU CDL-D/ DA
- PEMOHON PSV (BAS BTM > 7,500 KG) PERLU MEMILIKI LESEN MEMANDU CDL-D TIDAK KURANG 1 TAHUN
Terma dan Syarat Penyertaan Program MyPSV Tahun 2023 (Peserta)
1. Peserta hendaklah warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas semasa mengemukakan permohonan.
2. Peserta mempunyai Lesen Memandu Kompeten Kelas D (CDL D/ DA) bagi permohonan PSV E-Hailing/ Teksi.
3. Peserta mempunyai Lesen Memandu Kompeten Kelas D (CDL D) (sekurang-kurangnya satu tahun) atau Lesen Memandu Kompeten Kelas E (CDL E) bagi permohonan PSV Bas.
4. Peserta tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi Kerajaan, badan swasta dan Institusi Kewangan semasa mengemukakan permohonan.
5. Peserta (yang berjaya melepasi saringan dan ditawarkan untuk menyertai Program) perlu mematuhi syarat lulus pemeriksaan perubatan kesihatan permohonan Lesen Vokasional (Borang JPJL8A) yang ditetapkan dan kos pemeriksaan adalah ditanggung oleh peserta sendiri dan tidak termasuk di dalam pakej pembiayaan ini.
6. Kos yuran peserta akan ditaja sepenuhnya melibatkan fi latihan, amali, ujian dan lesen. Pakej tajaan yuran ini hanya untuk lulus kali pertama dan kedua sahaja.
7. Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
8. Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
9. Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
10. Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.
11. Peserta diwajibkan untuk menandatangani Surat Aku Janji penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.
TARIKH PELAKSANAAN PROGRAM
Tarikh permohonan adalah bermula pada 3 JULAI 2023.
Tarikh tutup penyertaan Program MyPSV Tahun 2023 adalah sehingga kuota penyertaan dipenuhi.
Cara Memohon
BORANG PERMOHONAN PROGRAM MyPSV :
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan ke alamat email: [email protected] atau merujuk kepada pautan FAQ berkaitan Program ini: https://drive.google.com/file/d/16zYEr5w6zbRly7EcrqcPGcP4GOCDZSvj/view?usp=drive_link
HUBUNGI TALIAN :
- 03-8892 8714 03-8892 8693
ALAMAT E-MEL :
Baca juga: Pendaftaran Program MyLesen B2 2023 – Bantuan Lesen Percuma B40
Khairul, the insightful writer at www.triviamy.com, is dedicated to providing a comprehensive view of job vacancies and current issues in Malaysia. With a passion for keeping readers informed, Khairul’s articles offer valuable insights into employment opportunities and the latest developments in the country.