Isi Kandungan
Sejak penubuhannya pada tahun 1979, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah menjadi sebuah platform pelaburan unit amanah yang popular di Malaysia. Salah satu kemudahan yang ditawarkan oleh ASNB adalah aplikasi myASNB. myASNB adalah sebuah aplikasi dalam talian yang membolehkan individu melabur dalam pelbagai jenis dana amanah tanpa perlu ke kaunter atau pejabat fizikal ASNB.
Pada 21 Disember yang lepas, Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.25 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023. Jumlah pengagihan ini terdiri daripada 4.25 sen seunit sebagai pendapatan biasa dan satu sen seunit sebagai bonus tambahan.
Kemudahan Melabur dengan myASNB
myASNB menyediakan pelbagai kemudahan yang memudahkan individu untuk melabur dalam dana-dana amanah ASNB tanpa perlu mengunjungi pejabat ASNB secara langsung. Dengan aplikasi dalam talian, pelabur dapat melakukan pelbagai transaksi pelaburan, antaranya :
1. Pegangan Portfolio
Pegangan Portfolio memaparkan baki akaun tabung unit amanah ASNB berdasarkan Nilai Aset Bersih (NAB) terkini. Dengan akses mudah, pemegang unit dapat terus memantau pertumbuhan pelaburan mereka dalam tabung unit amanah ASNB.
2. Rekod Transaksi
Kini pemegang unit dapat mengakses butiran urus niaga terkini berkaitan tabung unit amanah yang dilaksanakan melalui portal sepanjang 30 hari lalu. Kemudahan ini membolehkan mereka untuk melacak dan memahami transaksi terkini mereka dengan lebih efisien.
3. Pelaburan Tambahan dan Jualan Balik
Portal ini juga menyediakan kemudahan pelaburan tambahan serta jualan balik secara atas talian. Ini memudahkan pemegang unit untuk membuat tambahan pelaburan atau pengeluaran dari tabung unit amanah ASNB dengan lebih cekap dan pantas.
4. Pelaburan Permulaan dan Penukaran Unit
Kemudahan ini membolehkan pemegang unit untuk membuka akaun tabung unit amanah baharu secara atas talian serta melakukan penukaran unit antara dua tabung unit amanah yang sama melalui platform ini.
5. Penyata dan Perancangan Perwarisan
myASNB juga memperkenalkan kemudahan muat turun penyata terkini berkaitan akaun tabung unit amanah, termasuk penyata tahunan, penyata terperinci, penyata pegangan, atau penyata KWSP (jika ada). Tambahan pula, pemegang unit juga boleh membuat permohonan salinan penyata bagi tahun-tahun sebelumnya. Terdapat juga prapendaftaran perancangan perwarisan ASNB bagi memudahkan pemegang unit merancang harta pusaka mereka.
BACA JUGA : REBAT MOTOSIKAL ELEKTRIK RM2400
Cara Mendaftar dan Menggunakan myASNB
Ikuti langkah-langkah berikut untuk proses daftar myASNB :
1. Anda perlu melayari laman web myASNB dan melakukan pendaftaran.
2. Anda perlu mengisi maklumat asas yang diperlukan.
3. Masukkan Kod TAC yang diberikan.
4. Lengkapkan soalan keselamatan yang diperlukan.
5. Gunakan kata laluan sementara yang diberikan.
myASNB adalah sebuah inisiatif yang menjadikan pelaburan dalam dana amanah ASNB lebih mudah dan boleh diakses oleh semua orang. Dengan kemudahan dalam talian, pelabur dapat melabur dan menguruskan pelaburan mereka secara efisien tanpa perlu pergi ke pejabat fizikal ASNB. Melalui myASNB, ASNB terus memperjuangkan akses pelaburan yang lebih mudah dan menyokong pelabur dalam mencapai matlamat kewangan mereka.
INFO EXTRA
Buat mereka yang sedang ingin mengulangkaji cara untuk mengira dividen, anda boleh merujuk kepada video yang dilampirkan dibawah. Semoga bermanfaat.
Rujukan : Portal myASNB
Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan
PERINGATAN :
1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.
Salam, the thoughtful writer at www.triviamy.com, delves into the heart of current issues in Malaysia, offering readers a nuanced perspective and in-depth analysis. Stay informed with Salam’s engaging articles on the latest happenings in the country.