PEMULIH: Cara Mohon Moratorium Automatik 6 Bulan Tanpa Syarat. Kerajaan telah mengumumkan pakej bantuan moratorium automatik pinjaman selama enam bulan kepada semua peminjam setiap individu tanpa syarat di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
Perdana Menteri iaitu Muhyiddin Yassin, berkata kemudahan itu telah ditawarkan kepada semua pengusaha perusahaan kecil dan sederhana yang terjejas akibat pandemik ini dan tertakluk pada semakan dan kelulusan bank.
Berikut dikongsikan info lanjut mengenai moratorium automatik PEMULIH ini.
Isi Kandungan
APAKAH MORATORIUM AUTOMATIK PEMULIH ITU?
Perdana Menteri Berkata, moratorium automatik di bawah Program PEMULIH ini tidak ada lagi syarat yang akan dikenakan seperti pengurangan pendapatan.
Malah, tiada semakan yang akan dilakukan sama ada anda hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan.
Baca Juga: Cara Mohon Pengeluaran RM5,000 Ogos-Disember 2021 i-Citra KWSP
Proses ini telahpun dipermudahkan bagi memastikan kesemua golongan peniaga dapat diberikan bantuan yang sewajarnya dalam tempoh masa pandemik ini.
CARA MOHON MORATORIUM AUTOMATIK PEMULIH
“Anda cuma perlu memohon selepas itu kelulusan akan diberikan kepada anda secara automatik,” kata Perdana Menteri ketika sidang media khas sebentar tadi.
Baca Juga: Cara Mohon RM1,000 Geran Khas Prihatin 4.0
Ini bermaksud, setiap bank boleh dihubungi untuk memudahkan cara peminjam memohon moratorium automatik.
Kepada peminjam hanya perlu memohon lalu menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan.
TARIKH UNTUK PERMOHONAN
Tarikh bagi permohonan penangguhan bayaran balik pinjaman ini akan mula dibuka mulai 7 Julai 2021.
Lain-Lain Bagi Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman
- Kerajaan juga telah bersetuju untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman pelajaran persekutuan di bawah JPA dan bayaran tuntutan ganti rugi penerima biasiswa persekutuan sehingga enam bulan serta menangguhkan bayaran balik pinjaman pelajaran MARA untuk tempoh tiga bulan atau penjadualan semula bayaran balik pinjaman dengan ansuran bulanan serendah RM100 selama 12 bulan.
- PTPTN telah bersetuju untuk memberikan moratorium bersasar selama tiga bulan kepada peminjamnya.
- Kerajaan juga telah bersetuju untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) selama tiga bulan.
MAKLUMAT LANJUT MORATORIUM
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila rujuk intipati PEMULIH: Senarai Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi
ATAU
Sila rujuk teks ucapan Rasmi Perdana Menteri di pautan berikut: https://www.pmo.gov.my/2021/06/teks-ucapan-pengumuman-khas-pakej-perlindungan-rakyat-dan-pemulihan-ekonomi-pemulih/