Pernah tengok Ahli Parlimen berbahas? Mereka berbahas di dalam sebuah bangunan yang dikenali sebagai Bangunan Parlimen Malaysia. Bangunan ini terletak di Kuala Lumpur dan merupakan pusat pentadbiran serta tempat persidangan untuk kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Tapi bukan itu sahaja, bangunan ini juga menjadi lambang institusi demokrasi di negara ini.
Menerusi satu kandungan tiktok ‘Koocester’, Syed Saddiq, Ahli Parlimen Muar sempat untuk membawa pempengaruh tersebut untuk berjalan-jalan di sekitar bangunan Parlimen.
Isi Kandungan
Baca Juga : Gaji Ahli Parlimen Malaysia
Di dalam video tersebut, Saddiq memberikan sedikit penerangan mengenai parlimen. Parlimen Malaysia bersidang sebanyak 3-4 kali setahun, dengan setiap sesi berlangsung selama 3-4 minggu. Selepas sesi persidangan, mesyuarat jawatankuasa terpilih (select committee meetings) akan diadakan.
Apa akan jadi kepada bangunan parlimen setelah persidangan tamat? Bangunan ini akan digunakan untuk Ahli-ahli parlimen bermesyuarat. Mesyuarat ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan dua hala (by-partisan government) untuk membincangkan dan merangka strategi.
Selain itu, ahli parlimen (MP) akan mengadakan sesi perbincangan dan brainstorming untuk menyelesaikan isu-isu yang dibincangkan dalam persidangan.
Bila Bangunan Parlimen Ini Dibina?
Jom kita baca sedikit berkenaan dengan bangunan ini. Bangunan Parlimen dibina pada tahun 1959 dan telah dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Ia direka oleh arkitek British, Ivor Shipley, dengan gabungan elemen seni bina moden dan tradisional. Kompleks Parlimen terdiri daripada dua bahagian utama:
- Menara Parlimen: Struktur menara setinggi 77 meter yang menempatkan Dewan Negara di tingkat atas.
- Bangunan Dewan Rakyat: Tempat persidangan Dewan Rakyat yang luas dan direka untuk menampung ahli-ahli Parlimen ketika bersidang.
Oh, Ingatkan untuk persidangan sahaja. Rupanya.
Bangunan Parlimen bukan sahaja berfungsi sebagai tempat perundangan tetapi juga sebagai simbol kedaulatan dan kemerdekaan Malaysia. Ia menjadi lokasi untuk majlis perasmian, persidangan, dan perbahasan yang menentukan hala tuju negara. Setiap tahun, Yang di-Pertuan Agong akan merasmikan sesi Parlimen dengan titah ucapan.
Cokmar ni untuk apa?
Cokmar digunakan sebagai tanda bahawa sesi persidangan parlimen sedang berlangsung, melambangkan kedaulatan dan kuasa perundangan parlimen. Cokmar ini dibawa masuk pada permulaan setiap sesi sebagai sebahagian daripada upacara rasmi.
Parlimen Malaysia bukan sahaja pusat perundangan tetapi juga simbol demokrasi yang kukuh, dilengkapi dengan kemudahan moden dan tradisi yang menghormati sejarah dan budaya negara.
Apa Yang Ada Dalam Bangunan Parlimen?
Bangunan ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden untuk menyokong tugas dan tanggungjawab ahli Parlimen. Ia termasuk bilik mesyuarat, perpustakaan, dan kemudahan komunikasi terkini.
Selain itu, ia juga menjadi destinasi pendidikan bagi pelajar dan pengunjung yang ingin memahami proses demokrasi dan perundangan di Malaysia. Jom tengok apa yang ada dekat dalam bangunan parlimen?
- Spiral Staircase: Tangga berpilin yang ikonik.
- Kedai Serbaneka Pintar Parlimen Malaysia: Menjual pelbagai barangan keperluan.
- Gambar-gambar Speaker dan Mantan Speaker: Dipamerkan pada dinding parlimen.
- Tempat Duduk Speaker: Tempat duduk utama untuk Speaker Dewan.
- The Government Bench: Tempat duduk untuk ahli kerajaan.
z - Opposition MPs: Tempat duduk untuk ahli pembangkang.
- Tempat Duduk Pelawat: Disediakan untuk pelawat yang hadir.
- Tempat Duduk Bentara (Parliament Staff): Tempat untuk staf parlimen.
- The Parliament Commentary: Tempat untuk wartawan dan pemerhati.
- Tempat Letak Bendera: Ruang untuk meletakkan bendera rasmi.
Pemeliharaan dan Penambahbaikan
Sebagai struktur penting, Bangunan Parlimen sentiasa diselenggara dan dipertingkatkan untuk memastikan ia kekal relevan dan mampu memenuhi keperluan masa kini. Usaha pemeliharaan juga memastikan warisan sejarah dan seni bina bangunan ini dipelihara untuk generasi akan datang.
Bangunan Parlimen Malaysia bukan sahaja pusat pentadbiran perundangan tetapi juga mercu tanda kebanggaan nasional yang melambangkan kestabilan, kemajuan, dan kedaulatan negara.
Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan
PERINGATAN :
1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.
Salam, the thoughtful writer at www.triviamy.com, delves into the heart of current issues in Malaysia, offering readers a nuanced perspective and in-depth analysis. Stay informed with Salam’s engaging articles on the latest happenings in the country.