Template akaun bank ini dikongsikan kepada anda bagi memudahkan urusan perniagaan anda terutamanya bagi para peniaga online.
Anda hanya perlu edit template akaun bank ini menggunakan aplikasi seperti Canva, PicsArt atau sebagainya dengan meletakkan nombor akaun sendiri dan nama anda (account holder).
Terdapat 12 bank utama yang anda boleh pilih berdasarkan akaun bank yang anda gunakan seperti Maybank, Cimb Bank, Bank Islam, RHB Bank, Agro Bank, Affink Bank, dan sebagainya.
Anda boleh gunakan template ini, edit dan save untuk hantar kepada customer di WhatsApp, Instagram, Facebook atau mana-mana media sosial yang lain.
Isi Kandungan
Panduan Cara Penggunaan Template Akaun Bank
Apabila customer atau pembeli minta nombor akaun anda bagi tujuan pembayaran, anda hanya perlu menghantar kepada pembeli maklumat pembayaran dalam bentuk gambar.
Cara edit;
- Buka PicsArt dalam phone.
- Pilih template
- Tekan TEXT, Taip Nombor akaun dan Account holder anda
- Pilih font yang bersesuaian
- Pastikan saiz font juga bersesuaian
- Tekan save untuk simpan.
Cara edit guna aplikasi Canva;
- Buka aplikasi Canva di phone atau melalui laptop
- Saiz yang dicadangkan adalah saiz instagram 1080X1080
- Pilih template yang bersesuaian berdasarkan nama bank yang anda gunakan
- Tekan text untuk taip nombor akaun anda dan account holder
- Kemudian tekan download
PERINGATAN: Sila pastikan nombor akaun dan account holder adalah betul sebagaimana dalam akaun bank anda.
1) Template Maybank
2) Template CIMB Bank
3) Template Bank Islam
4) Template RHB
5) Template Public Bank
6) Template Bank Rakyat
7) Template Affin Bank
8) Template Ambank
9) Template BSN
10) Template Bank Muamalat
11) Template Agro Bank
12) Template Hong Leong Bank
Sila kongsikan template ini kepada rakan-rakan perniagaan anda yang lain bagi memudahkan urusan perniagaan mereka juga.
Sekiranya ada cadangan pertambahan bank lain, sila kemukakan pada ruangan komen di bawah agar kami di TriviaMy dapat tambah template yang baharu dalam usaha membantu para peniaga untuk mengembangkan dan memudahkan urusan perniagaan masing-masing.

Khairul, the insightful writer at www.triviamy.com, is dedicated to providing a comprehensive view of job vacancies and current issues in Malaysia. With a passion for keeping readers informed, Khairul’s articles offer valuable insights into employment opportunities and the latest developments in the country.