Isi Kandungan
PERMOHONAN JAWATAN KOSONG DI JABATAN ALAM SEKITAR
Permohonan Jawatan Kosong di Jabatan Alam Sekitar kini dibuka. Kekosongan jawatan ditawarkan. Daftar segera, peluang adalah terhad. Panduan permohonan disertakan dibawah, teruskan membaca.
TAHUKAH ANDA? Jabatan ini bertanggungjawab memastikan pembangunan lestari dalam proses kemajuan Negara dan alam sekitar sentiasa bersih, sihat dan selamat untuk kesejahteraan rakyat. JAS juga berperanan sebagai penyebar maklumat, kemahiran dan idea-idea bernas bagi pembangunan minda masyarakat ke arah penghayatan persekitaran alam semulajadi secara berterusan.
MAKLUMAT JAWATAN KOSONG DI JABATAN ALAM SEKITAR
Nama Syarikat : Jabatan Alam Sekitar
Jawatan Yang Ditawarkan : Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C41
BACA JUGA :
- MySalam 2024 : Cara Mohon, Semakan Status & Tuntutan
- 5 Konsert Terhangat Bakal Berlangsung di Malaysia
- Bantuan Tunai RM1,000 Boleh Dimohon Julai Ini – Mohon Sekarang
SYARAT KELAYAKAN PEGAWAI KAWALAN
Syarat kelayakan yang diperlukan bagi Pegawai Kawalan Alam Sekitar C41 adalah seperti yang berikut :
- ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang ekologi, fizik, kimia hayat, kaji hayat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : C41: RM2,317.00)
- ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang alam sekitar atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : C41: RM2,420.23)
- ijazah sarjana muda kejuruteraan awam, mekanikal, kimia atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : C41: RM2,524.01)
CARA PERMOHONAN
1. Rujuk pautan iklan jawatan kosong di Jabatan Alam Sekitar : Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C41
2. Isi permohonan sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 26 Ogos 2024
3. Isi maklumat dengan teliti bagi memudahkan proses pemilihan berjalan dengan lancar.
TIPS TAMBAHAN UNTUK MENDAPAT PEKERJAAN INI
- Kenali dan Fahami Tugas Jawatan yang Dimohon: Sebelum temuduga, pastikan anda memahami dengan jelas tugas dan tanggungjawab yang berkaitan dengan jawatan yang anda lamar. Ketahui keperluan serta harapan pekerjaan tersebut. Ini akan membolehkan anda memberikan jawapan yang lebih tepat dan memberi kesan positif kepada panel temuduga.
- Persediaan yang Kemas: Sediakan diri anda dengan sebaik mungkin sebelum temuduga. Ini termasuklah membuat salinan sijil-sijil yang diperlukan, membawa resume terkini, dan menyediakan contoh-contoh situasi di mana anda menunjukkan kemahiran dan pengalaman yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Pastikan juga anda tiba lebih awal untuk mengelakkan sebarang kelewatan.
- Berlatih Soalan-soalan Temuduga: Buat latihan menjawab soalan-soalan temuduga yang mungkin diajukan oleh panel. Ini termasuk soalan-soalan berkaitan dengan pengalaman kerja, kekuatan dan kelemahan peribadi, serta matlamat kerjaya anda. Dengan berlatih, anda dapat meningkatkan keyakinan diri anda dan memberi respon yang lebih baik semasa temuduga.
Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan
PERINGATAN :
1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.
Salam, the thoughtful writer at www.triviamy.com, delves into the heart of current issues in Malaysia, offering readers a nuanced perspective and in-depth analysis. Stay informed with Salam’s engaging articles on the latest happenings in the country.