Kencing Manis : 7 Petanda Awal Gejala

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

Kencing Manis : 7 Petanda Awal Gejala

image 2024 09 27 005100033 Penyakit kencing manis, atau diabetes mellitus, merupakan salah satu penyakit yang semakin banyak dihidapi oleh masyarakat hari ini. Tahukah anda di Malaysia jumlah penghidap penyakit kencing manis atau diabetes adalah yang tertinggi di Asia dan merupakan antara yang tertinggi di dunia. Menurut tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS 2015) telah mendapati seramai 3.5 juta rakyat Malaysia adalah penghidap penyakit diabetes. Dan bilangan pesakit kencing manis terus meningkat dan telah menjadi salah satu punca utama komplikasi kesihatan yang serius di negara ini.

Bagaimana Kencing Manis Berlaku?

Penyakit Diebetes boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor yang berkaitan dengan gaya hidup dan genetik. Salah satu punca utama adalah ketidakupayaan tubuh untuk menghasilkan insulin yang mencukupi, yang diperlukan untuk mengawal paras gula dalam darah. Insulin adalah hormon yang dihasilkan oleh pankreas dan berfungsi untuk membantu sel-sel badan menyerap glukosa daripada darah. Selain itu, ketahanan insulin juga boleh menyebabkan penyakit ini. Sekiranya ketahanan insulin berlaku, sel-sel tubuh tidak dapat menggunakan insulin dengan berkesan, menyebabkan paras gula meningkat. Faktor risiko lain termasuk obesiti, kurang aktiviti fizikal, pengambilan makanan tinggi gula dan lemak, serta faktor genetik. Mereka yang mempunyai sejarah keluarga dengan diabetes juga berisiko lebih tinggi. Keadaan kesihatan seperti tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi juga boleh menyumbang kepada perkembangan penyakit ini. Oleh itu, penting untuk mengambil langkah pencegahan seperti mengamalkan gaya hidup sihat dan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk mengurangkan risiko kencing manis. Gejala awal penyakit ini sering kali tidak jelas dan boleh dianggap remeh oleh sesetengah individu. Kesedaran tentang tanda-tanda awal ini adalah penting untuk membolehkan individu mendapatkan rawatan yang tepat pada masanya. image 2024 09 27 005254979

7 Petanda Awal Gejala Kencing Manis

Berikut adalah 7 petanda awal bahawa badan anda mungkin menghidapi penyakit kencing manis. Sila teliti tanda-tanda ini :
  1. Penglihatan menjadi kabur
  2. Kulit selalu gatal dan sukar untuk sembuh
  3. Luka-luka di badan sukar sembuh terutamanya di bahagian kaki
  4. Jangkitan pada saluran air kencing
  5. Kaki dan tangan menjadi kebas dan kesemutan
  6. Kerap dahaga walaupun sudah meminum air
  7. Kerap kencing dan air kencing dalam jumlah yang banyak
Kencing Manis : 7 Petanda Awal Gejala
Kencing Manis : 7 Petanda Awal Gejala

Penting : Sila semak di sini untuk Bantuan Kehidupan Sejahtera RM300

Antara tanda lain yang perlu diberi perhatian juga : Badan selalu letih dan lesu walaupun tidur yang lama Penurunan berat badan yang mendadak walaupun makan dalam keadaan berselera Otot menjadi lemah dan tidak bertenaga Terdapat ruam gatal-gatak pada kulit badan

Cara Untuk Sembuh Dari Penyakit Kencing Manis

Adalah tidak mustahil untuk sembuh dan kembali menjadi sihat dari penyakit ini. Namun ianya memerlukan komitmen dan perubahan gaya hidup yang jauh lebih sihat berbanding yang sekarang. Berikut adalah beberapa Anda boleh ikuti cara berikut yang boleh membantu sembuh serta mengawal penyakit ini:
  1. Pemakanan Sihat: Mengamalkan diet seimbang yang kaya dengan sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin penuh, dan sumber protein tanpa lemak adalah penting. Kurangkan pengambilan makanan tinggi gula, lemak trans, dan karbohidrat ringkas. Katakan tidak pada makanan segera dan berproses. Katakan tidak pada minuman manis seperti air sirap dan teh tarik.
  2. Aktiviti Fizikal: Melakukan senaman harian seperti berjalan, berlari,atau berbasikal. Aktiviti ini dapat membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan kembali sensitiviti insulin tubuh anda. Adalah disarankan untuk beraktiviti sekurang-kurangnya 30 minit sehari, 3 kali seminggu.
  3. Pemeriksaan Kesihatan Berkala: Melakukan pemeriksaan berkala untuk memantau paras gula dalam darah, tekanan darah, dan tahap kolesterol adalah penting untuk mengesan masalah kesihatan anda lebih awal dan mengambil tindakan yang sesuai.
  4. Pengurusan Stres: Stres boleh mempengaruhi paras gula dalam darah. Amalkan meditasi seperti yoga, membaca buku, atau aktiviti yang menenangkan fikiran dapat membantu mengurangkan stres.
  5. Pengambilan Ubat: Dalam beberapa kes, ubat-ubatan atau suntikan insulin mungkin diperlukan untuk mengawal paras gula dalam darah.
image 2024 09 27 004837228

Maklumat Lanjut Mengenai Penyakit Diabetes

  1. Sila kunjungi hospital dan Klinik Kesihatan Malaysia berdekatan dengan anda
  2. Hubungi +603 8000 8000
  3. Email ke : [email protected]

Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan

PERINGATAN :
  1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
  2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.

Leave a Comment