Untuk makluman, ahli daftar KWSP yang menghadapi masalah dalam membuat permohonan i-Citra kerana telah menukar no telefon yang baru, di sini kami kongsikan cara kemaskini atau meneruskan permohonan tanpa menghadirkan diri ke kaunter KWSP.
Menurut KWSP, terdapat 2 cara yang boleh dilakukan jika anda telah menukar nombor telefon iaitu:
- Sila jawab soalan keselamatan
- Mengemaskini / update nombor telefon terbaru di kaunter / kios KWSP
Isi Kandungan
LANGKAH UNTUK KEMASKINI NO TELEFON KWSP YANG TELAH DIDAFTARKAN SEMASA PERMOHONAN I-SINAR
- Untuk daftar/kemaskini nombor telefon TAC/OTP, sila hadir ke kios KWSP yang berdekatan kerana ia melibatkan pengesahan MyKad(no ic) dan cap ibu jari.
- Untuk dapatkan lokasi kiosk KWSP yang berdekatan dengan lokasi anda, sila buat carian di pautan berikut: https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks.
- Anda juga boleh membuat proses mengemaskini di kaunter atau cawangan KWSP yang dibuka sepanjang tempoh PKP ini. Namun, sila pastikan anda telah membuat janji temu online terlebih dahulu.
- Sila rujuk: JTO: Janji Temu Online KWSP Dalam Tempoh PKP
BERAPAH LAMAKAH TEMPOH UPDATE NO BARU?
- Nombor telefon anda akan mula dikemaskini di dalam sistem dalam tempoh masa 24 jam bermula dari tarikh pengemaskinian di kios.
- Permohonan i-Citra juga hanya boleh dibuat melalui portal selepas tempoh tersebut.
BOLEHKAH PERMOHONAN I-CITRA DIBUAT TANPA MENGEMASKINI NO TELEFON BARU?
Jika anda ingin membuat permohonan i-Citra tanpa menukar nombor telefon lama atau tanpa keluar ke mana-mana kiosk atau kaunter KWSP, anda boleh memilih untuk menjawab soalan keselamatan yang dipaparkan di bawah.
- Pastikan anda menjawab soalan ini dengan betul kerana soalan itu berkaitan dengan soalan yang anda tetapkan semasa memohon i-Sinar sebelum ini.
- Apabila anda telah menjawab semua dengan betul kesemua soalan keselamatan, anda boleh log masuk tanpa membuat kemaskini nombor telefon di kios KWSP.
- Semasa permohonan tersebut, anda juga boleh mengemaskini maklumat no telefon baru.
- Semoga perkongsian ini dapat membantu anda yang menghadapi masalah permohonan i-Citra atas sebab telah bertukar nombor telefon.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:
- Laman web KWSP di www.kwsp.gov.my
- Soalan Lazim i-Citra KWSP
- Hotline i-Citra : 03-8922 4848
- Facebook KWSP: https://www.facebook.com/KWSPMalaysia