Sertai Lembaga Getah Malaysia. Mohon Sebelum 20 April 2024!

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

PERMOHONAN JAWATAN KOSONG LEMBAGA GETAH MALAYSIA

Permohonan Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia (LGM) kini dibuka. Kini mereka menawarkan kekosongan jawatan. Daftar segera, peluang adalah terhad. Panduan permohonan disertakan dibawah, teruskan membaca.

TAHUKAH ANDA? Lembaga Getah Malaysia (LGM) adalah sebuah agensi badan berkanun di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK). Mereka bertanggungjawab dalam semua aspek industri getah daripada penanaman pokok getah, pengeluaran dan pemprosesan getah mentah, pembuatan barangan getah serta pemasaran getah dan produk getah negara.

lembaga getah malaysia



MAKLUMAT JAWATAN KOSONG LEMBAGA GETAH MALAYSIA

Nama Syarikat : Lembaga Getah Malaysia

Jawatan Yang Ditawarkan : Akauntan Gred WA48




BACA JUGA  :

DESKRIPSI TUGAS AKAUNTAN LGM

Jawatan Kosong – Akauntan LGM, Senarai deskripsi pekerjaan adalah seperti berikut :

  1. Menyediakan laporan pengurusan, laporan kewangan, pengiraan cukai pendapatan, penyatuan akaun kumpulan dan penyata kewangan berkanun bagi tujuan pelaporan dalaman dan luaran.
  2. Berhubung dengan juruaudit luar/dalaman dan pihak-pihak lain untuk memastikan pematuhan terhadap semua perkara yang berkaitan dengan audit, cukai dan keperluan berkanun.
  3. Menganalisa varian dan melaporkan justifikasi kepada pengurusan.

CARA PERMOHONAN AKAUNTAN LGM

1. Rujuk pautan iklan jawatan kosong yang berikut :  Akauntan LGM



2. Isi permohonan sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 20 April 2024.

3. Isi maklumat dengan teliti bagi memudahkan proses pemilihan berjalan dengan lancar.

 

TIPS TAMBAHAN UNTUK MENDAPAT PEKERJAAN INI

  1. Pendidikan dan Kelayakan: Pastikan anda mempunyai pendidikan yang sesuai dan kelayakan yang diperlukan untuk jawatan tersebut. Contohnya, Ijazah dalam Bidang Perakaunan atau kelayakan yang setaraf dengannya. Hal ini kerana, kelayakan yang kukuh akan meningkatkan peluang anda untuk diberi perhatian oleh majikan.
  2. Pengalaman dan Kecekapan: Berikan tumpuan kepada pengalaman dan kecekapan anda dalam bidang perakaunan. Terutama dalam industri atau organisasi yang berkaitan dengan sektor getah. Jika anda mempunyai pengalaman sebelumnya dalam audit, perancangan kewangan, atau analisis kewangan, pastikan anda memberi penekanan terhadap kejayaan anda dalam bidang tersebut.
  3. Penekanan pada Pengetahuan Industri Getah: Menunjukkan pemahaman anda tentang industri getah. Antara soalan-soalan yang mungkin ditanya ketika sesi temuduga termasuk isu-isu kewangan yang unik kepada industri ini. Berikan contoh bagaimana pengetahuan anda tentang industri getah boleh memberi sumbangan kepada keberjayaan organisasi. Ini termasuk pemahaman tentang peraturan dan dasar-dasar industri, trend pasaran, dan cabaran yang dihadapi oleh industri getah.

Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan

PERINGATAN :
1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.

Leave a Comment