Isi Kandungan
Jual Minyak Masak Terpakai Anda – RM3/kg Di Petronas
Tak tahu nak buat apa dengan minyak masak terpakai? Jangan buang! Anda boleh kumpul minyak masak tersebut dan jual kepada pihak PETRONAS dengan harga sehingga RM3 per kilogram.
Pihak Petronas telah pun bekerjasama dengan Kementerian Perladangan dan Komoditi Malaysia untuk mempromosikan amalan mengitar semula minyak masak yang terpakai.
Stesen minyak PETRONAS(rujuk di bawah stesen PETRONAS yang terlibat) kini menerima minyak masak terpakai anda dan akan memberikan ganjaran kepada anda. Dengan inisiatif ini, bukan sahaja anda dapat mengurangkan barang di dapur, tetapi juga dapat mengelak saluran paip singki daripada tersumbat.
Dalam masa yang sama anda secara tidak langsung membantu melindungi saluran air kita daripada tercemar, menggalakkan ekonomi kitar semula, dan menyokong pengeluaran bahan api bio Malaysia yang akan datang.
PETRONAS Nak Buat Apa Dengan Minyak Masak Terpakai?
Pihak PETRONAS sedang dalam usaha untuk menghasilkan bahan api penerbangan hijau atau Sustainable Aviation Fuel(SAF) yang sebahagiannya diperolehi daripada minyak masak terpakai dari orang ramai.
Dalam kata lain, minyak masak yang terpakai anda itu tadi akan diolah menjadi bahan api untuk kapal terbang!
Ini sekaligus dapat membantu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dalam sektor penerbangan.
BACA JUGA ======== Jawatan Kosong APMM : Kelayakan Minima SPM Ambilan Mei 2024
Senarai Stesen Minyak PETRONAS Yang Terlibat
Kelantan :
- Stesen Minyak Jalan Bayam, Kota Bharu
- Stesen Minyak Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa
Johor :
- Stesen Minyak Taman Nusa Printis, Johor Bahru
- Stesen Minyak Taman Impian Emas, Johor Bahru
- Stesen Minyak Jalan Bakri 2, Muar, Johor
- Stesen Minyak Taman Banang Jaya, Batu Pahat
- Stesen Minyak Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bharu
- Stesen Minyak Taman Tampoi Utama, Johor Bharu
Terengganu :
- Stesen Minyak Wakaf Bharu, Kuala Terengganu
- Stesen Minyak Rantau, Kemaman Station
Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya :
- Stesen Minyak Kota Kemuning 1
- Stesen Minyak Subang Bestari
- Stesen Minyak Bukit Nanding, Hulu Langat
- Stesen Minyak Puchong Prima Station
- Stesen Minyak Putrajaya 1, Presint 9
- Stesen Minyak Bandar Baru Rawang
- Stesen Minyak Cochrane Perkasa
- Stesen Minyak Persiaran Utama
- Stesen Minyak Bukit Antarabangsa
- Stesen Minyak Seksyen 7 Bangi
- Stesen Minyak Kota Kemuning
- Stesen Minyak Subang Bestari
- Stesen Minyak Bandar Seri Putra
- Stesen Minyak Putrajaya 1, Presint 9
- Stesen Minyak Dengkil
- Stesen Minyak Bukit Rahman Putra
- Stesen Minyak Jalan Sungai Tua
- Stesen Minyak Seksyen 18
- Stesen Minyak Sri Hartamas
- Stesen Minyak Putra Heights
Pulau Pinang :
- Stesen Minyak Jln Dato’ Ismail Hashim, Bayan Lepas
- Stesen Minyak Paya Terubong
- Stesen Minyak Bertam Perdana
- Stesen Minyak Bandar Baru Perda
Pahang :
- Stesen Minyak Balok, Kuantan
- Stesen Minyak KM26 Jalan Gambang
Perak :
- Stesen Minyak Bandar Meru Raya, Ipoh
- Stesen Minyak Taman Pengkalan Utama
Melaka :
- Stesen Minyak Bandar Jasin Bestari, Jasin
- Stesen Minyak Bukit Katil
Sarawak :
- Stesen Minyak Astana, Kuching
- Stesen Minyak Desa Senadin, Miri
- Stesen Minyak Sg Merah, Sibu
- Stesen Minyak Astana, Kuching
- Stesen Minyak Jalan Bulan Sabit, Miri
- Stesen Minyak Samarahan Expressway, Kota Samarahan
Sabah :
- Stesen Minyak Jalan Mat Salleh, Kota Kinabalu
- Stesen Minyak Jalan Bokara, Sandakan
- Stesen Minyak Jalan Berungis-Kota Belud
- Stesen Minyak Jalan Utara, Tawau
Kedah :
- Stesen MinyakDatuk Kumbar
- Stesen Minyak Taman Ria, Sungai Petani
Perlis :
- Stesen Minyak Padang Besar
- Stesen Minyak Jejawi, Kangar
Negeri Sembilan :
- Stesen Minyak S2 Garden Avenue
- Stesen Minyak Bandar Baru Nilai
Kementerian Perladangan dan Komoditi Sasar Kumpul Lebih 300,000kg Minyak Masak Terpakai
Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, bagi tempoh sama, KPK dan PDB akan turut memperluas usaha pengumpulan UCO ke 50 stesen minyak Petronas di seluruh negara selain penyertaan seramai 15,000 kalangan orang awam.
Harga pembelian semula UCO oleh Petronas adalah RM3 sekilogram manakala RM2.50 sekilogram ditetapkan bagi kawasan di Semenanjung Pantai Barat, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak.
Program ini merupakan usaha bersama PDB dan KPK dalam meningkatkan kesedaran orang ramai untuk menjaga alam sekitar.
Pada masa sama, program ini berupaya menjana pendapatan tambahan isi rumah serta turut mengembangkan potensi penghasilan biobahan api lestari menggunakan UCO bagi mengurangkan kadar pelepasan gas rumah hijau (GHG).
Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan PERINGATAN : 1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB. 2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.