Jawatan Kosong Jabatan Meteorologi Malaysia : Kelayakan Minima STPM Ambilan 27 Mei 2024

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

Jawatan Kosong Jabatan Meteorologi Malaysia : Kelayakan Minima STPM Ambilan 27 Mei 2024

Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Meteorologi Malaysia serta pelbagai kementerian dan jabatan kini dibuka bagi ambilan bulan Mei 2024. Kini mereka menawarkan kekosongan jawatan. Daftar segera, peluang adalah terhad. Panduan permohonan disertakan dibawah, teruskan membaca.

Jabatan Meteorologi Malaysia atau MET Malaysia merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) yang dipertanggungjawabkan untuk membekalkan pelbagai khidmat meteorologi, iklim dan geofizik bagi memenuhi keperluan negara dalam perkhidmatan meteorologi, iklim dan geofizik untuk kesejahteraan, keselamatan dan pembangunan lestari.

Jabatan ini bertanggungjawab untuk memantau keadaan cuaca di darat, laut dan udara secara berterusan di seluruh negara. Selain itu, METMalaysia mengeluarkan ramalan, nasihat, amaran cuaca dan lautan serta tinjauan iklim bagi mengurangkan risiko bencana.

Selain itu, Jabatan Meteorologi Malaysia juga membekalkan perkhidmatan meteorologi penerbangan untuk melancarkan operasi penerbangan pesawat udara dan perkhidmatan geofizik bagi mengesan kejadian gempa bumi serta pengeluaran amaran tsunami untuk Malaysia.

Jawatan Kosong Jabatan Meteorologi Malaysia : Kelayakan Minima STPM Ambilan 27 Mei 2024
Ibu Pejabat Jabatan Meteorologi Malaysia

MET Malaysia : Tiga Negeri Dilanda Cuaca Panas Tahap Berjaga-jaga

SHAH ALAM – Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas di beberapa kawasan di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak.

Jabatan itu memaklumkan, terdapat lima kawasan di Kelantan mencatatkan cuaca panas Tahap 1 (berjaga-jaga) iaitu Jeli, Pasir Mas, Kuala Krai, Gua Musang dan Pasir Puteh.

Selain Kelantan, daerah Kinabatangan di Sabah dan juga Mukah (Sarawak) turut mencatatkan suhu panas Tahap 1.

Tahap berjaga-jaga adalah suhu maksimum harian mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Jabatan Meteorologi Malaysia juga memaklumkan bahawa Monsun Barat Daya bakal bermula pada 17 Mei ini dan dijangka berterusan sehingga September depan.

Sepanjang tempoh tersebut jelasnya, taburan hujan dijangka rendah di kebanyakan tempat sekali gus boleh menyebabkan berlaku fenomena jerebu sekiranya pembakaran terbuka tidak terkawal.

Sumber : Sinar Harian



image 2024 05 23 162918046

MAKLUMAT JAWATAN KOSONG JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

Nama Majikan : JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

Jawatan Kosong Yang Ditawarkan :

  1. PENOLONG PEGAWAI METEOROLOGI GRED C29

Lokasi : RUJUK IKLAN DI BAWAH

Tarikh  Tutup Permohonan Jawatan Kosong: Berbeza mengikut jawatan(Sila rujuk atas)



TRENDING 🔥  :

KELAYAKAN JAWATAN KOSONG

Sekiranya anda, berkelayakan dengan Ijazah, Diploma, Sijil Tinggi Persekolahan (SPM, STPM, “A” Level, Pre-U) atau Kelayakan Professional yang diiktiraf adalah dipelawa untuk memohon mengisi jawatan di atas. (Sila rujuk iklan dan syarat kelayakan di iklan penuh jawatan)

  1. Warganegara Malaysia;
  2.  Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan; dan tidak melebih 30 tahun
  3.  Memiliki:
    1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
      dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Fizik
      dan Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut.
    2. Sijil Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang
      diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dalam bidang jurusan sains.
    3. Sijil dalam bidang kejuruteraan elektrik, elektronik atau mekanikal
      yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi politeknik tempatan
      atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    4. Diploma dalam bidang kejuruteraan elektrik (perhubungan atau
      kuasa), elektronik atau mekanikal yang diiktiraf oleh Kerajaan
      daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
      diiktiraf setaraf dengannya.
    5. Diploma dalam bidang sains komputer atau kimia industri yang
      diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan
      atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Selain itu, calon juga perlulah mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Cukup syarat akademik yang ditetapkan
  • Baik dalam pengurusan masa
  • Komunikasi yang baik
  • Berminat bina kerjaya bersama majikan
  • Luas pengetahuan am
  • Mempunyai ciri kepimpinan dan lain-lain (rujuk iklan penuh jawatan di bawah)



CARA MOHON JAWATAN KOSONG PERODUA MALAYSIA

Berikut adalah iklan penuh jawatan kosong Jabatan Meteorologi Malaysia LIHAT DI SINI

image 2024 05 23 164215327



KEPERLUAN BIDANG JAWATAN KOSONG JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA (DITETAPKAN OLEH KETUA PERKHIDMATAN)

  • Kejuruteraan Elektrik;
  • Kejuruteraan Elektrik Kuasa;
  • Kejuruteraan Elektrik Perhubungan;
  • Kejuruteraan Elektronik;
  • Kejuruteraan Mekanikal;
  • Sains Komputer; atau
  • Kimia Industri.

MAKLUMAT TAMBAHAN PENTING

image 2024 05 23 165421145

TIPS TAMBAHAN UNTUK MENDAPAT JAWATAN KOSONG JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

  1. Kenali Keperluan Jawatan: Sebelum membuat permohonan, pastikan anda memahami sepenuhnya keperluan dan tanggungjawab jawatan. Baca dengan teliti syarat-syarat jawatan dan pastikan CV dan surat permohonan anda menonjolkan kelayakan dan pengalaman yang berkaitan.
  2. Tekankan Kebolehan Berkomunikasi: Bekerja dalam kumpulan memerlukan kemahiran komunikasi yang baik. Seorang pekerja yang baik harus dapat menyampaikan idea dengan jelas, menarik, dan efektif sesama rakan kerja.
  3. Pengurusan Masa Yang Baik : Tonjolkan penguasaan diri tentang kemampuan mengurus masa dengan baik, agar anda dapat menyelesaikan tugas dengan lebih cepat dan efisien, serta menghasilkan kerja yang berkualiti tinggi.

Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan

PERINGATAN :
1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.

Leave a Comment