Jadual & Tarikh STR Fasa 3 2024 Dikreditkan
Tarikh rasmi STR Fasa 3 dikreditkan Khamis, 29 Ogos 2024. Perkara tersebut diumumkan secara rasmi Kementerian Kewangan melalui siaran media 8 perenggan pada Jumaat.
Kerajaan kini berada di peringkat akhir dalam memproses data Sumbangan Tunai Rahmah yang melibatkan kira-kira 8 juta penerima yang layak.
Isi Kandungan
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2024
STR 2024 kembali diteruskan bagi tahun kedua dengan penambahan bantuan asas berjumlah RM600 yang dikenali sebagai SARA.
Bantuan STR yang bermula pada fasa 1 hingga 4 ini akan memfokuskan setiap isi rumah, bujang atau individu yang tiada pasangan yang berada dalam kategori miskin tegar, B40 dan M40.
Baca Juga:
- Kerajaan Salur Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 Mulai 29 Ogos 2024
- 5 Telefon Pintar Harga Bawah RM1,000 Pilihan Ramai
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 3
Setelah pembayaran STR Fasa 2 bermula 3 April lepas. Sebahagian wang bantuan tersebut sudah tentu digunakan sebagai persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Pembayaran seterusnya adalah STR 2024 Fasa 3 yang dijangkakan dikreditkan dalam 2-4 bulan ke depan.
JADUAL & TARIKH STR FASA 3 2024 DIKREDITKAN
Buat masa ini tiada lagi jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3. Masih terlalu awal untuk diumumkan.
Tetapi jika kita melihat STR Fasa 3 – 2023 bayaran tertinggi bantuan adalah berjumlah RM 800 manakala terendah RM100 untuk bujang.
Kami menjangkakan bayaran STR Fasa 3 bagi tahun ini adalah sama atau tidak jauh berbeza dengan tahun 2023.
STR Fasa 3 Dikreditkan Khamis, 29 Ogos 2024
Proses bayaran STR Fasa 3 akan mula dilaksanakan bermula Khamis, 29 Ogos 2024.
Jadual pengkreditan bayaran adalah seperti berikut:
- STR Fasa 1 : 29 Januari 2024
- STR Fasa 2 : 3 April 2024
- STR Fasa 3 dikreditkan Khamis, 29 Ogos 2024 (RASMI)
- STR Fasa 4 : November 2024
TARIKH BAYARAN STR FASA 3
Hanya berbaki bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 dan 4 sahaja lagi. STR Fasa 1 dan 2 masing-masing telah dibayar pada Januari dan April lalu.
Dijangkakan bayaran STR Fasa 3 akan dikreditkan pada bulan diantara bulan Julai hingga September sementara itu fasa akhir iaitu fasa 4 antara Oktober hingga Disember bergantung daripada pengumuman.
CARA BAYARAN & TARIKH BAYARAN STR FASA 3 MENGIKUT BANK
Sama seperti STR sebelum ini, terdapat 2 cara bayaran iaitu
Bayaran bantuan akan terus dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan
Sekiranya tidak mempunyai akaun bank atau terdapat masalah dengan akaun bank, pembayaran akan disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).
TARIKH PERMOHONAN STR FASA 3 2024
Permohonan baharu bagi bantuan STR 2024 termasuklah untuk Fasa 3 belum dibuka setakat ini.
SEMAKAN STATUS JADUAL & TARIKH STR FASA 3 2024 DIKREDITKAN
Semakan status boleh terus dibuat melalui portal rasmi STR yang disertakan di bawah