Isi Kandungan
Isu Sumber Air Spritzer Kini Terjawab
Spritzer merupakan jenama air mineral yang terkemuka di Malaysia. Sekali lagi jenama besar ini menjadi tumpuan apabila isu lama mengenai sumber airnya kembali menjadi bualan hangat. Isu yang mendakwa penggunaan sumber air berdekatan dengan kawasan ‘jirat cina’ atau perkuburan cina telah menimbulkan kebimbangan di kalangan pengguna.
Namun tiada bukti kukuh yang menyokong dakwaan tersebut dan ianya hanya menimbulkan kebimbangan. Sebuah rombongan blogger telah mengunjungi kilang Spritzer untuk menyiasat isu ini terus di kilang pemporsesan air mineral Spritzer. Lawatan tersebut bertujuan untuk memastikan kebenaran maklumat yang tersebar dan meninjau lokasi sumber air yang digunakan oleh syarikat.
Hasil lawatan tersebut menunjukkan bahawa Spritzer adalah mangsa kepada tanggapan negatif yang tidak berasas dan ura-ura kosong sahaja, dan syarikat tersebut terus berkomitmen untuk menyediakan produk yang berkualiti tinggi kepada pengguna.
Lokasi Sumber Air Spritzser Sebenar
Melalui pemerhatian yang dilakukan menerusi platform Google Maps telah mengesahkan bahawa lokasi kilang air mineral Spritzer memang terletak tidak jauh dari sebuah kawasan perkuburan. Penemuan ini menambahkan kebenaran kepada dakwaan yang telah tersebar di media sosial baru-baru ini.
Menurut siasatan yang dilakukan, jarak antara kilang tersebut dan kawasan perkuburan adalah kurang dari satu kilometer jika diukur secara langsung. Perkara ini telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan netizen di media sosial, dan menuntut penjelasan lanjut dari pihak pengurusan Spritzer mengenai isu ini.
Netizen diingatkan untuk tidak terburu-buru membuat kesimpulan berdasarkan cerita yang belum disahkan kebenarannya, terutama berkaitan dengan isu. Dua aspek penting perlu dipertimbangkan dengan teliti :
- Keberadaan empangan Lembaga Air Perak yang terletak tidak jauh dari kawasan kilang pemprosesan, seperti yang dapat dilihat pada gambar yang disertakan.
- Meskipun kilang pemprosesan berada dalam jarak yang relatif dekat, sumber air utama bukanlah dari kawasan yang sama, sebagaimana yang ditunjukkan dalam peta.
BACA JUGA ======== Jawatan Kosong APMM : Kelayakan Minima SPM Ambilan Mei 2024
Isu pencemaran air Spritzer menjadi tumpuan apabila timbul kebimbangan mengenai kemungkinan pencemaran air mineral Spritzer akibat air serapan dari kuburan yang berdekatan. Namun, persoalan yang sama harus juga ditujukan kepada sumber air empangan Lembaga Air Perak, yang terletak di kawasan yang sama. Adakah sumber air empangan itu juga terdedah kepada risiko yang sama?
Selain itu, walaupun ada pandangan yang mengatakan air empangan lebih bersih kerana bercampur dengan air hujan, Spritzer menegaskan bahawa air mineral mereka diambil dari sumber air bawah tanah yang terletak lebih dari 400 kaki di bawah permukaan. Pakar-pakar alam sekitar bahawa sistem penapisan air semulajadi, seperti yang terdapat dalam tanah, merupakan kaedah yang paling efektif untuk membersihkan air.
Proses penapisan semulajadi ini melibatkan lapisan tanah dan substrat bumi, telah terbukti mampu menghilangkan kontaminan, bendasing dan partikel berbahaya dengan lebih baik berbanding teknologi penapisan buatan manusia.
Kelulusan Halal JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), yang merupakan pihak bertanggungjawab dalam pemberian pensijilan halal di negara ini, telah memberikan pengesahan sijil halal kepada produk air mineral Spritzer. Langkah ini mengukuhkan lagi kebersihan air mineral Spritzer kerana kredibiliti JAKIM sebagai badan yang arif dalam menilai aspek-aspek kehalalan produk mengikut prinsip-prinsip Islam.
Proses pensijilan yang ketat melibatkan penilaian menyeluruh terhadap keseluruhan rantaian pengeluaran dan bekalan, termasuk sumber bahan, proses pembuatan, pembungkusan, dan penyimpanan untuk memastikan pematuhan yang ketat terhadap prinsip-prinsip Islam, piawaian kebersihan, dan keperluan khusus halal.
Pengiktirafahan halal ini juga menangkis keraguan yang mungkin timbul di kalangan pengguna, memperkuatkan lagi keyakinan masyarakat terhadap kebersihan sumber air mineral Spritzer kerana berjaya melepasi sistem pensijilan halal Malaysia yang diuruskan oleh JAKIM.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pensijilan halal air mineral Spritzer, orang ramai boleh merujuk kepada direktori halal rasmi di laman web JAKIM di sini.
Fakta Tambahan Mengenai Spritzer
- Lokasi kilang Spritzer terletak didalam tanah yang berkeluasan 330 ekar yang bersamaan dengan 330 buah padang bola sepak.
- Bersebelahan dengan loji air Lembaga Air Perak yang seluas 200 ekar.
- Kawasan kilang dan sumber air dikelilingi hutan tropika.
- Kedalaman punca air adalah lebih daripada 400 kaki dari bawah tanah.
- Kandungan Asid Ortosilisik (OSA) yang tinggi dalam air Spritzer dapat menyerap aluminium berlebihan didalam badan dan mencegah penyakit Alzheimer.
- Pemprosesan sepenuhnya oleh mesin tanpa dikendalikan oleh manusia.
- Disahkan HALAL oleh JAKIM dan lulus piawaian SIRIM, HACCP dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Telah menerima Readers’ Digest Trusted Brand Platinum Award untuk 12 tahun yang berturut-turut.
- Frost & Sullivan Asia Pacific Bottles Water Company of The Year (Botol yang tidak membahayakan pengguna).
- Best Brands Signature Award oleh The Brandlaureate
Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan PERINGATAN : 1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB. 2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.