Isi Kandungan
Inisiatif Pengeluaran KWSP
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja baru-baru ini telah melancarkan kemudahan pengeluaran KWSP melalui i-Sayang sebagai salah satu usaha untuk membantu meningkatkan kualiti kehidupan rakyat khususnya bagi pencarum KWSP.
Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, inisiatif ini akan membenarkan pengeluaran KWSP atau pemindahan secara sukarela sebanyak 2% daripada akaun suami ke akaun isteri.
Berikut kami kongsikan maklumat yang lebih lanjut berkenaan skim i-Sayang ini buat makluman bersama.
Ikuti Telegram Rasmi : t.me/pakejbantuankerajaan
Skim i-Sayang KWSP
i-Sayang merupakan suatu inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi memberi pilihan kepada suami (pemberi) untuk membuat pengeluaran KWSP dengan memindahkan caruman sebanyak 2% syer pekerja yang diterima ke dalam akaun KWSP isteri (penerima).
Kelebihan Skim i-Sayang KWSP
Berikut dikongsikan kelebihan dan ciri-ciri skim i-Sayang KWSP:
- Pindahan 2% caruman syer pekerja suami ke akaun KWSP isteri.
- Permohonan adalah secara sukarela daripada suami dan pindahan akan dilakukan secara automatik setiap bulan apabila adanya caruman dari majikan yang dikreditkan ke dalam akaun KWSP suami.
- Pindahan caruman ini tidak boleh dibatalkan kecuali berlakunya penceraian atau kematian isteri (penerima).
- KWSP membahagikan caruman i-Sayang sebanyak 2% ke dalam akaun isteri (penerima) dengan mengkreditkan 70% ke dalam Akaun 1 dan 30% ke dalam Akaun 2.
Artikel Berkaitan :
- [RASMI] : 17 Pengeluaran KWSP Terkini Yang Dibenarkan (Akaun 1 & Akaun 2)
- RASMI : Bayaran Fasa Kedua Telah Mula Dikreditkan
Syarat Kelayakan i-Sayang KWSP
1) Suami – Pemberi
- Warganegara Malaysia atau bukan warganegara
- Ahli KWSP
- Belum mencapai umur 75 tahun
- Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia
2) Isteri – Penerima
- Warganegara Malaysia atau bukan warganegara
- Ahli KWSP
- Belum mencapai umur 75 tahun
- Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia
Cara Mohon i-Sayang KWSP
Permohonan pendaftaran i-Sayang dibuat secara sukarela oleh suami (pemberi) melalui dua (2) saluran berikut:
- i-Akaun (Ahli); ATAU
- Pejabat KWSP yang berhampiran berserta dengan Borang Permohonan Pendaftaran i-Sayang – KWSP 16G (SY) yang telah lengkap diisi.
Tiada sebarang dokumen sokongan yang diperlukan semasa proses pendaftaran i-Sayang.
Pembatalan i-Sayang KWSP
Pembatalan tidak boleh dilakukan terhadap pendaftaran i-Sayang yang telah diluluskan tanpa apa-apa sebab. Suami (pemberi) hanya boleh membuat pembatalan jika berlaku penceraian atau kematian isteri (penerima).
Sekiranya berlaku penceraian atau kematian isteri (penerima), suami (pemberi) perlu hadir segera ke kaunter KWSP untuk membuat permohonan pembatalan. Kelewatan dalam memaklumkan perkara ini kepada KWSP akan mengakibatkan pemindahan caruman terus dibuat ke dalam akaun isteri (penerima).
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut berkaitan i-Sayang boleh diperoleh melalui saluran-saluran berikut:
- Laman web rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my; ATAU
- Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000; ATAU
- Cawangan KWSP yang berhampiran.
- Terus ke pautan pantas https://www.kwsp.gov.my/ms/member/i-sayang
Khairul, the insightful writer at www.triviamy.com, is dedicated to providing a comprehensive view of job vacancies and current issues in Malaysia. With a passion for keeping readers informed, Khairul’s articles offer valuable insights into employment opportunities and the latest developments in the country.