Durian : Jangan Tertipu! Ini 5 Tips Beli Buah Isi Sedap

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

Durian : Jangan Tertipu! Ini 5 Tips Beli Buah Isi Sedap

Jangan Tertipu! Ini 5 Tips Beli Durian Isi Sedap

Berita baik buat para penggemar dan pencinta buah durian, musim durian dah tiba. Inilah masanya untuk para penggemar untuk mencari buah ini kerana apabila tiba musimnya, harga buah akan menjadi lebih murah berbanding di luar musim. Anda penggemar buah ini tapi tak tahu cara nak kenal buah yang dah masak, isinya manis dan lemak? Artikel kali ini akan memberikan anda info cara untuk kenal buah yang isinya sedap. Orang kata tak rugi membayar mahal sebab dah tahu pasti buah tersebut rasa sedap.

Tips Mengenal Buah Durian Isi Sedap

Mengenal pasti buah yang telah masak merupakan skill dan ilmu penting bagi penggemar buah ini. Buah yang masak memiliki ciri-ciri khusus yang dapat dikenali melalui beberapa teknik mudah. Antaranya :

1. Goncang buah dan rasakan adakah gegaran dari biji di dalamnya

Ambik buah yang anda berkenan, dan sila goncang buah tersebut. Sekiranya terdapat gegaran biji buah tersebut maka itu merupakan tanda bahawa buah yang anda pegang itu telah pun masak. Gegaran pada buah durian menandakan buah durian masak kerana isi buah telah pun terpisah dari pada kulit buah. Selalunya buah durian yang belum masak akan melekat pada kulit dalam durian.

image 2024 06 28 132928576

RMR 2.0 diwujudkan untuk membantu golongan

2. Hidu bau buah durian tersebut

Sekiranya buah yang anda pegang itu berbau sedap, lemak, ini bermakna buah tersebut sudah sedia untuk di makan. Sekiranya buah tersebut tidak mempunyai bau, cuba pilih buah yang lain dulu. Pilihlah buah yang belum merekah di punggungnya kerana ia membawa petanda ia masih segar lagi.

Jika sudah merekah dan kehitaman warnanya, sahlah buah itu sudah lama dan bau busuk. Durian yang matang akan mengeluarkan aroma yang kuat dan harum.

Sebelum membeli buah, pastikan anda menghidu baunya dengan cara merapatkan sedikit hidung ke kulit buah tersebut. Jika kurang bau, ini bermakna durian tersebut tidak sempurna matangnya dan berkemungkinan diperam. image 2024 06 28 133351616

BACA JUGA ======== Cara Semak Saman Polis/JPJ Secara Online 2024

3. Ketuk buah durian

Teknik mengetuk buah adalah untuk memastikan samada buah tersebut mengeluarkan bunyi seakan kosong atau pun tidak. Sekiranya buah tersebut mengeluarkan bunyi seakan buah itu kosong, maka itu adalah petanda bahawa buah tersebut telah pun masak. image 2024 06 28 133636984

4. Periksa tangkai buah

Cuba lihat pada tangkai buah yang anda pegang. Sekiranya tangkai buah durian tersebut telah kecut, sila pilih buah yang lain. Ini kerana tangkai buah yang telah kecut atau gelap selalunya petanda bahawa buah tersebut adalah buah yang sudah lama jatuh dari pokok, berkemungkinan sudah jatuh 2 hari dari pokok.

Seandainya tangkai buah tersebut dalam keadaaan berlendir dan masih cerah, makanya ianya buah yang segar dan baru jatuh dari pokok. Tangkai yang tahan lasak dan liat mempunyai rasa yang sedap. image 2024 06 28 134118646

5. Perhatikan duri pada buah

Teknik ini memerlukan anda untuk menyentuh duri pada buah durian. Sekiranya buah tersebut mempunyai duri yang lembut, ini bermakna buah tersebut telah masak dan sedia untuk di makan.

Buah yang mempunyai duri yang masih keras adalah tanda bahawa buah itu masih belum masak. Selain itu, pilih durian yang memiliki duri yang jarang, besar dan agak tumpul kerana biasanya durian jenis ini memiliki isi yang bagus, kering dan manis.

Duri yang agak tumpul akan lebih mudah dibuka.

image 2024 06 28 141830909

Jenis-Jenis Buah Durian Popular

Berikut merupakan jenis buah durian yang mempunyai populariti seluruh Malaysia dan juga luar negara :

1. Black Thorn

Ciri-ciri buah :

  1. Berbentuk bulat
  2. Kod buah : D200
  3. Kulit berwarna perang dan berduri pendek
  4. Hujung buah melengkung ke dalam
  5. Duri berwarna hitam
  6. Isinya berwarna oren
  7. Isi tebal dan tekstur tebal berlemak krim lembut

image 2024 06 28 143006373

2. Kim Hong

Ciri-ciri buah :

  1. Kod buah : D198
  2. Bentuk bulat sedikit lonjong
  3. Warna kulit hijau perang
  4. Rasanya lemak manis dan pahit
  5. Berat sebiji antara 1kg – 2kg sebiji

103127706 140175361003876 2719594181890583038 n

3. Musang King/Raja Kunyit

Ciri-ciri buah :

  1. Berbentuk bulat bujur
  2. Warna kulit hijau muda
  3. Kod buah : D197
  4. Warna isi kuning keemasan, berkilat dan tebal
  5. hujung buah berbentuk seperti bintang
  6. Baunya kuat
  7. Rasa lemak manis dan sedikit pahit

79406773 140175384337207 2121074202548546366 n

4. Udang Merah

Ciri-ciri buah :

  1. Buah sederhana besar
  2. Kod buah : D175
  3. Kulit hijau perang dan duri pendek
  4. Isi berwarna merah kekuningan
  5. Isi tebal dan lembik
  6. Rasanya pahit dan lemak manis

84665098 140175401003872 6453259757073627444 n

5. D24

Ciri-ciri buah :

  1. Bentuk buah bulat membujur
  2. Duri tajam dan halus
  3. Warna kulit hijau sedikit keperangan
  4. Bertangkai panjang sederhana
  5. Rasanya lemak manis dan sedikit pahit
  6. Berulas besar

101558701 140175491003863 2522574680520723071 n

Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan

PERINGATAN :

  1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
  2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.

Leave a Comment