Kenali Finalis The Hardest Singing Show: Di Sebalik Bakat Luar Biasa

Kongsi Artikel Ini

Setelah 9 minggu bersaing dalam The Hardest Singing Show, kini debaran semakin terasa untuk peringkat akhir.

Astro mempersembahkan sebuah program realiti terbaharu yang menarik, ‘The Hardest Singing Show’. Program ini mengetengahkan ‘kehebatan persembahan’ sebagai kriteria utama penjurian, diikuti dengan vokal dari barisan penyanyi hebat tempatan.

Bermula 12 Mei, setiap Ahad jam 9 malam, penonton dapat menyaksikan peserta-peserta yang tidak hanya menonjolkan kemampuan vokal mereka tetapi juga memberikan ‘wow moment’ ketika membuat persembahan. Konsep tambahan ini menjadi faktor penting dalam pemarkahan mereka sehingga ke minggu akhir.



BACA JUGA : APA YANG ADA DALAM BANGUNAN PARLIMEN

Isi Kandungan

Finalist The Hardest Singing Show

Barisan peserta yang berjaya ke peringkat akhir Hardest Singing Show adalah Zizi Kirana, Ayda Jebat, Stacy, Aisha Retno, Putera Muhammad, dan Aepul Roza. Kenali biodata artis-artis ini:

Aisha Retno

hardest singing show

Umur: 23 tahun
Asal: Kuala Lumpur
Nama Sebenar: Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam
Aisha paling dikenali sebagai salah seorang daripada 24 penyanyi amatur, juga dikenali sebagai Rookie dalam rancangan Vokal Mania yang disiarkan di TV3. Beliau adalah anak kepada Jean Retno Aryani, bekas penyanyi era 1980-an. Berdarah kacukan Melayu, Arab, dan Jawa, Aisha mewarisi bakat nyanyian ibunya dan terus mengukir nama dalam industri muzik tempatan.

Ayda Jebat

hardest singing show

Umur: 32 tahun
Asal: Melaka
Nama Sebenar: Nur Suhada Jebat
Ayda merupakan salah seorang peserta Akademi Fantasia musim ke-9. Beliau menempa kejayaan terbesarnya pada 2014 apabila membawakan watak Armel Aisya dalam drama adaptasi novel Rindu Awak 200% bersama Zul Ariffin. Ayda juga memenangi anugerah Artis Baharu MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era.




Aepul Roza

hardest singing show

Umur: 36 tahun
Asal: Kuala Lumpur
Nama Sebenar: Noor Syaiful Mohd Zalaludin
Pada awal 2009, Aepul telah menghadiri ujibakat My Starz LG musim ketiga dan tersenarai di antara 10 orang peserta akhir yang dipilih. Lahir pada 19 April 1988, Aepul menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini bekas bintang Akademi Fantasia Musim 4, Leez Rosli.

Stacy

hardest singing show

Umur: 33 tahun
Asal: Sabah
Nama Sebenar: Stracie Angie Anam
Stacy atau nama Islamnya Ummu Shaikhah Stacy binti Anam diterima masuk dalam AF6 dan merupakan salah seorang daripada empat belas calon pelajar yang terpilih. Beliau mencipta sejarah sebagai Juara Akademi Fantasia pertama yang berasal dari Malaysia Timur dan pernah dianugerahkan Sabah Youth Icon Award pada tahun 2008.

Putera Muhammad

hardest singing show

Umur: 31 tahun
Asal: Kuala Lumpur
Nama Sebenar: Putera Muhammad Shamshull Kamar
Lahir pada 21 Ogos 1992, Putera Muhammad mencungkil bakatnya dalam bidang muzik menerusi rancangan realiti nyanyian, Mentor Legend sebagai anak didik Ella, vokalis kumpulan rock, Madam. Beliau adalah pemegang ijazah Sarjana Komunikasi Massa di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Zizi Kirana

hardest singing show

Umur: 39 tahun
Asal: Sabah
Nama Sebenar: Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil
Kerjaya nyanyian Zizi bermula setelah beliau menyertai Akademi Fantasia musim ketujuh. Zizi kemudian menyertai kumpulan The Fabulous Cats yang dipelopori oleh Cat Farish, Adeep Nahar, dan Wangi Julianda, serta pertandingan TV realiti Indonesia, D’Academy Asia musim kedua. Beliau juga memenangi Persembahan Terbaik anugerah juara lagu ke-35.


Jangan Lepaskan Peluang Tonton Final Hardest Singing Show

hardest singing show

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan peringkat akhir ‘The Hardest Singing Show’ yang akan ditayangkan pada 14 Julai 2024, jam 9 malam di Astro Ria. Saksikan peserta kegemaran anda memberikan persembahan terbaik mereka dan berikan sokongan anda!

Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan

PERINGATAN :
1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.

Leave a Comment