Hampir sedekad bersaing dalam arena p-hailing atau penghantaran makanan kepada pelanggan, siapa sangka foodpanda mungkin menjadi milik syarikat pesaing terdekat mereka iaitu Grab menurut CNA.
Baca juga :
- STR Fasa 4 : Bayaran RM900 & RM1,200 Dikreditkan Untuk Golongan Ini
- MyASNB – Ini Cara Mohon Pengeluaran Duit ASB Sehingga RM2,000 Sebulan
Grab Bakal Ambil Alih foodpanda
Dilaporkan Delivery Hero selaku syarikat disebalik jenama foodpanda sedang dalam perbincangan untuk menjual sebahagian perniagaan mereka di Asia meliputi Singapura, Thailand, Filipina serta beberapa negara lain kepada suatu pihak.
Meskipun tidak dipastikan secara terperinci syarikat yang bakal mengambil alih Foodpanda, difahamkan Grab turut muncul sebagai antara syarikat yang mungkin terlibat.
Berdasarkan laporan awal, difahamkan, foodpanda dijangka bernilai lebih €1 bilion (~RM5 bilion). Walau bagaimanapun, pihak Grab masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai spekulasi yang mengejutkan ramai ini.
Untuk pengetahuan, ini bukanlah pertama kali Grab mengambil alih syarikat pihak pesaing. Sebelum ini, Uber Eats Malaysia turut diambil alih operasi oleh Grab pada tahun 2018.
Sekiranya laporan yang dikeluarkan ini tepat, pastinya ramai yang akan menyaksikan Grab bakal muncul sebagai syarikat besar dalam industri p-hailing di mana rider asal Grab atau foodpanda bekerja di bawah syarikat yang sama.
Sumber : The Vocket
Khairul, the insightful writer at www.triviamy.com, is dedicated to providing a comprehensive view of job vacancies and current issues in Malaysia. With a passion for keeping readers informed, Khairul’s articles offer valuable insights into employment opportunities and the latest developments in the country.