GKP 4.0: Cara Mohon (Permohonan Geran Khas Prihatin 2021). Pengumuman kepada usahawan PKS/SME yang terlepas untuk memohon Geran Khas Prihatin (GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0) tempohari, kini anda mempunyai lagi peluang untuk mohon GKP 4.0. Ingat, anda jangan sampai terlepas untuk memohon lagi kali ini.
Isi Kandungan
1. BILAKAH BOLEH MEMOHON GERAN KHAS PRIHATIN 4.0?
Masih belum ada tarikh rasmi lagi yang dikeluarkan. Namun, ianya akan dijangka akan di buka sekitar bulan Julai 2021 ini untuk permohonan GKP 4.0.
2. BERAPAKAH JUMLAH AMAUN BANTUAN GERAN KHAS PRIHATIN 4.0 YANG BOLEH DIMOHON?
Jumlah Bayaran Tambahan bagi Geran Khas Prihatin ini adalah sebanyak RM1,000 sahaja.
3. BILAKAH TARIKH PEMBAYARAN BAGI GERAN KHAS PRIHATIN 4.0?
Walaupun bantuan GKP 4.0 berjumlah RM1,000, ianya tidak akan dibayar sekaligus.
Bayaran GKP 4.0 akan dibuat dua kali iaitu:
- Bayaran pertama sebanyak RM500, ianya akan dibayar pada bulan September 2021.
- Bayaran kedua sebanyak RM500, dan ianya akan dibayar pada bulan November 2021.
4. CARA UNTUK MEMOHON GKP 4.0
Anda semua Diminta untuk ambil perhatian. Untuk buat permohonan baru GKP 4.0, anda perlu membuat pendaftaran untuk mohon melalui sistem online. Jika anda masih lagi belum buat, sila baca cara daftar GKP 4.0 terlebih dahulu.
Baca Juga: i-Citra KWSP: Cara Mohon Pengeluaran RM5,000 Ogos-Disember 2021
Baca Juga: BPR Tambahan (Semakan Bayaran & Status Kelulusan Permohonan)
Setelah selesai dengan proses pendaftaran, ikuti cara untuk membuat permohonan GKP 4.0 seperti di yang bawah:
- Layari laman web atau portal rasmi GKP 4.0 di sini: https://gkp.hasil.gov.my
- Anda jangan salah taip GPK 4.0 pula; atau masuk https://gpk.hasil.gov.my
- Portal GPK 4.0 tidak wujud, yang ada hanyalah GKP 4.0 sahaja.
- Sila login GKP 4.0 dengan klik pautan iaitu Log Masuk.
- Pada bahagian ID Pengguna, sila masukkan Nombor MyKad anda.
- Pastikan anda memasukkan Nombor MyKad baru yang mempunyai 12-digit.
- Anda tidak digalakkan untuk memasukkan sempang (-).
- Contohnya, jika Nombor Kad Pengenalan anda ialah 990101-01-5465, masukkan 990101015465.
- Tekan butang Semak.
- Sekiranya anda memang belum pernah membuat permohonan GKP 1.0, anda akan menerima ralat ini “ID pengenalan belum didaftarkan. Sila Pergi Ke Halaman Daftar Akaun Untuk Mendaftar”.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda sekali lagi.
- Tekan butang Cari.
- Selepas itu akan keluar paparan ini “Untuk teruskan proses Semakan, sila isi captcha dan tekan butang Semak.”
- Masukkan Captcha seperti yang telah terpapar.
- Jika anda tersalah masukkan Captcha, akan keluar paparan ini “Peringatan! Captcha yang dimasukkan tidak tepat. Sila isikan semula.”
- Selepas itu tekan butang Semak.
- Tekan butang bagi Permohonan Baharu.
- Anda kini dapat melihat borang permohonan GKP 4.0.
- Ada beberapa bahagian yang perlu diisi untuk memohon GKP 4.0 seperti:
- Maklumat pemohon
- Maklumat Entiti Perniagaan
- Pengesahan
- Sila lengkapkan bahagian Maklumat Pemohon. Antara yang perlu diisi adalah:
- Nama Pemohon
- Nombor MyKad
- Jantina
- Nombor Telefon Bimbit
- Alamat Surat Menyurat
- Nama Akaun Bank Persendirian Pemohon
- Nombor Akaun Bank Persendirian Pemohon
- Status Perkahwinan
- Sila lengkapkan bahagian Maklumat Entiti Perniagaan. Antara yang perlu diisi adalah:
- Jenis Perniagaan
- Nombor Cukai Pendapatan
- Nama Perniagaan Pemilik Tunggal/Syarikat/Perkongsian
- Nombor Pendaftaran Syarikat
- Tarikh Mula Beroperasi
- Nombor Lesen Perniagaan
- Alamat Premis Perniagaan
- Setelah selesai siap, klik tab Pengesahan di bahagian atas
- Buat pengesahan Captcha dengan mengisi paparan Captcha seperti yang terpapar pada skrin
- Tekan butang Sahkan Captcha
- Kini anda berada di bahagian Akuan Pengesahan
- Jika anda bersetuju dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan sila tick ruangan berkenaan.
- Klik butang Hantar
- Mesej untuk makluman penghantaran borang permohonan GKP 4.0 berjaya akan dipaparkan
5. SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN GKP 4.0?
Sebelum ini, ada beberapa kriteria yang boleh melayakkan seseorang itu untuk memohon GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0.
Bagi GKP 4.0, masih belum ada keluar senarai kelayakan lagi.
Kami telah menjangkakan, GKP 4.0 bagi pemohon yang belum pernah memohon dan menerima bantuan GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0.
6. SIAPAKAH YANG TIDAK PERLU MEMBUAT PERMOHONAN GKP 4.0?
Sebelum ini, mana-mana pemohon yang pernah lulus, tidak perlu memohon. Kami telah menjangkakan, ianya masih lagi terpakai untuk GKP 4.0.
- Bagi mana-mana pemohon yang pernah memohon dan menerima bantuan GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 anda tidak perlu lagi mohon.
- Duit akan masuk secara automatik ke akaun bank
- Anda hanya perlu membuat semakan GKP 4.0 sahaja
- Jadi, jika anda pernah menerima duit bantuan one-off RM3,000 dari GPK 1.0, GPK 2.0 dan GKP 3.0 anda tidak perlu untuk memohon lagi.
7. MAKLUMAT LANJUT MENGENAI GPK 4.0
Sekiranya anda memerlukan maklumat yang lebih lanjut mengenai proses permohonan GKP 4.0 yang baru, kemaskini, semakan Geran Khas Prihatin 4.0 serta proses rayuan, anda boleh menghubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:
- 03-89111000
Kami menasihatkan anda agar tidak menanyakan tentang tarikh GKP 4.0 bila masuk pula. Sila hubungi jika anda sedar bahawa duit tidak masuk ke dalam akaun bank anda. Anda boleh membuat semakan dengan LHDN serta pihak bank samada ada masalah pengkreditan atau tidak.
Akhir Kalam
Kepada peniaga atau usahawan PKS / SME di luar sana yang memohon GKP 4.0 ini, manfaatkanlah bantuan PEMULIH dari kerajaan ini dengan sebaik mungkin. Naikkan semula bisnes dan kecapi kejayaan seperti sebelum PKP. Yang paling penting sekali, berniagalah dengan jujur dan amanah.
Sekiranya semua berjalan dengan jayanya, anda perlu menunggu pengumuman dari kerajaan tentang tarikh bila GKP 4.0 akan mula dibayar.
Semoga Semuanya Bermanfaat.