Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat pengumuman mengenai Pakej PEMERKASA+ bagi menyokong tambah kelangsungan para peniaga.
kadar bantuan GERAN KHAS PRIHATIN 3.0 akan ditambah sebanyak RM500 dan menjadikan jumlah keseluruhan bantuan GKP 3.0 yang akan diterima adalah sebanyak RM1,500.
Baca Juga: Cara Mohon Bantuan Barangan Dapur 2021
Jumlah RM1000 telah diterima pada 8 Jun 2021 yang lalu, dan baki tambahan sebanyak RM500 akan dimasukkan ke akaun peniaga pada bulan Julai ini.
Berikut dikongsikan maklumat terkini untuk makluman bersama, khususnya penerima GKP.
Isi Kandungan
GERAN KHAS PRIHATIN 3.0 PEMERKASA
- Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) merupakan inisiatif terbaharu kerajaan yang bertujuan untuk
membantu rakyat Malaysia yang terjejas berikutan pandemik Covid-19. - Pada 17 Mac 2021 yang lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat pengumuman mengenai tambahan bantuan Geran Khas Prihatin 3.0 (GKP 3.0) sebanyak RM500 pada 31 Mei 2021.
SYARAT KELAYAKAN GERAN KHAS PRIHATIN 3.0
- Bayaran tambahan GKP 3.0 PEMERKASA+ akan diberikan kepada penerima yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:
- Penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0
- Lulus permohonan baharu GKP 3.0
- Sekiranya bayaran terakhir GKP (GKP 2.0) adalah Gagal dikreditkan dan penerima gagal mengemaskini maklumat akaun bank terkini dalam tempoh
yang telah ditetapkan, penerima tidak layak atau gagal menerima GKP 3.0 dan juga GKP 3.0 Pemerkasa+.
Baca Juga: Cara Daftar Sukarelawan KKM, Elaun RM50 Sehari
CARA PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN 3.0 PEMERKASA+
- Penerima tidak perlu membuat sebarang permohonan baru. Maklumat permohonan akan di ambil terus daripada permohonan GKP sebelumnya.
- Penerima yang layak bayaran GKP 3.0 PEMERKASA+ akan menerima bayaran yang akan dikreditkan ke akaun masing-masing seperti yang telah didaftarkan semasa permohonan / kemaskini maklumat sebelum ini.
JUMLAH BANTUAN GKP 3.0 & TARIKH BAYARAN KE AKAUN
- Amaun tambahan GKP 3.0 PEMERKASA+ adalah sebanyak RM500. ianya menjadikan jumlah keseluruhan bantuan adalah rm1500
- Pembayaran GKP 3.0 PEMERKASA+ akan bermula pada Julai 2021.
- Tarikh sebenar pembayaran akan dimaklumkan dari masa ke masa.